Gara-gara ucapan kontroversi “James A. Van Fleet Award”, BTS mula diboikot oleh syarikat kurier terbesar dari China?

Image may contain: 7 people, people sitting

Kemarahan segelintir netizen China terhadap ucapan yang dilontarkan oleh Namjoon BTS ketika menerima anugerah James A. Van Fleet dikatakan telah memberikan tekanan kepada syarikat kurier terbesar di China seperti Winda untuk menggugurkan produk keluaran BTS daripada laman sesawang mereka.

Berdasarkan laporan dari Weibo, laman twitter rasmi China pada 19 Oktober 2020, Winda membuat kenyataan bahawa mereka akan menggantung pemasaran produk BTS menerusi laman sesawang mereka untuk seketika. Ditanya tentang alasan penggantungan tersebut, jurucakap syarikat itu berkata, “Semua orang tahu sebabnya.”

Ketika menerima anugerah tersebut, Namjoon dipetik berkata, “Kami akan sentiasa mengingati sejarah penderitaan dialami oleh kedua-dua negara ini (Korea dan Amerika Syarikat) serta pengorbanan yang tak terkira daripada lelaki dan juga perempuan.” Difahamkan keratan ucapan ini menurut netizen China dianggap tidak menghormati pengorbanan askar China yang mati sewaktu perang sivil Korea. Sebilangan akhbar tabloid China seperti The Global Time kemudiannya memarakkan api kemarahan tersebut dengan berkata, “Media Korea Selatan melaporkan netizen Korea sengaja menambah-nambah dan mensensasikan berita itu. Mereka tak hormat hak kita untuk lontarkan pendapat.”

Selain Winda, dua syarikat kurier lain iaitu Yeun Tung dan Jung Tung juga mengambil langkah boikot berkenaan. “Kami tidak menerima produk BTS dari pejabat kastam, bukannya kerana kami sengaja tolak,” kata mereka seperti dipetik.

Sumber: SBS FunE

loading...