Hanbin tersingkir dan 9 peserta mara ke pentas akhir I-LAND bagi merebut tempat untuk debut

Pada semalam, 11 September telah berlangsung episode ke-5 bahagian ke-2 rancangan realiti ‘survivor’ I-LAND. Episode kali ini merupakan episode penentuan siapa yang akan mara ke peringkat akhir.

Kali ini mereka diberikan dua tugasan ujian konsep iaitu konsep menyergarkan dan juga ledakan. Dua unit telah dibentuk di mana Sunoo yang telah memenangi misi bersama SEVENTEEN telah memilih Hee-seung, Sung-hoon, Jungwon dan juga Jake untuk membawakan lagu ‘Chamber 5’. Sung-hoon dipilih pada saat akhir bagi menggantikan tempat Ta-ki yang telah tersingkir. Kesemua ahli unit ‘Chamber 5’ bersetuju memilih Hee-seung sebagai ketua dan ini pertama kali Hee-seung mengambil risiko untuk mencuba sesuatu yang diluar kebiasaan. Manakala K, Jay, Ni-Ki, Hanbin dan Daniel membawakan persembahan lagu yang berunsurkan ledakan ‘Flame On’. K telah dilantik menjadi ketua yang baru menggantikan Sung-hoon yang berpindah unit.

Dapat dilihat kesemua peserta ingin lakukan yang terbaik untuk mara ke pentas akhir. Tambahan pula, keadaan semakin sengit dan penuh tertekan. Kesemua peserta saling menghiburkan antara satu sama lain dan keakraban mereka jelas kelihatan. Mereka turut membersihkan kompleks I-LAND dengan diiringi lagu ‘Dynamite’ dari BTS.

Jay, Hee-seung dan Sunoo yang berjaya menjadi tiga teratas diberi peluang untuk membuat panggilan kepada sesiapa yang mereka suka. Jay dan Hee-seung telah menghubungi ahli keluarga mereka dan masing-masing telah diberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang. Ibu Jay sempat memberitahu agar terus komited dalam membuat persembahan seperti Hee-seung.

Semasa penilaian ketika latihan yang dilakukan oleh pengarah persembahan Son Sung Deuk, dia menyatakan, “Masih lagi terdapat kekurangan pada pasukan ‘Chamber 5’. Mereka sepatutnya berseronok dan bergembira, tetapi apa yang boleh dilihat mereka terlalu memikirkan (tentang persembahan) sehingga menjadikannya tidak ‘natural’. Sebaliknya, dia memuji pasukan “Flame On” yang menunjukkan hasil kerja keras berpasukan mereka.

Pada hari ujian konsep, pasukan “Chamber 5” membuatkan produser mengukir senyuman kerana mereka buat persembahan dengan konsel yang jarang  dilihat di “I-LAND” hingga kini. Produser turut berkata, “Konsep ini seolah makanan buat Sunoo kerana dengan mudah dapat adaptasinya serta melakukannya dengan baik. Sunoo menggunakan konsep ini seperti ikan untuk disiram. Dia kelihatan seperti bersenang-senang dan Jake pula nampak lebih sesuai dengan konsep menyegarkan ini lebih daripada yang kita sangka. Sunghoon pula bekerja keras dalan menunjukkan nuansa dan ekspresi wajah dalam masa yang singkat. Namun Hee-seung dan Jungwon mendapat kritikan daripada produser. Produser turut menambah,  “Heeseung seharusnya mengemudi pasukan dengan lakonan yang baik, namun ekspresi tidak meninggalkan sesuatu yang sepatutnya. Jungwon bagus, tetapi ada beberapa point dia boleh berikan yang lebih baik. “

Persembahan ‘Chamber 5’

Persembahan ‘Flame On’ 

Bagi pasukan “Flame On”, Bang Si Hyuk mengatakan, “Persembahan ini dilakukan dengan sangat baik. Rasanya seperti menonton persembahan profesional yang betul-betul menghangatjan pentas. Inilah yang dimaksudkan dengan membuat persembahan. Ia sangat hebat. ” Bagaimanapun, persembahan Hanbin tidak menggembirakan para produser.

 

Ketika undian daripada pihak produser diumumkan, Hee-seung tidak lagi berada dalam tiga teratas, Jungwon diambang penyingkiran dan K menjadi pilihan pertama mereka.

Hee-seung yang sebelum ini sering mempamerkan kehebatannya tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya dengan memberitahu, “Saya ingin menjadi seorang idol, jadi saya ingin cuba buktikan sisi berbeza saya dalam cabaran ini.” Setelah menyertai mereka yang terselamat, Hee-seung ditenangkan oleh K.

Jungwon pula menyatakan rasa lega apabila terselamat daripada tersingkir, dan memberitahu dia gagal berikan yang terbaik dalam ujian kali ini. Dia berjanji akan kerja keras untuk berikan hasil yang lebih baik. Jungwon yang terselamat dipeluk erat oleh Hee-seung dalam tangisan.

Hanbin, peserta dari Vietnam yang tersingkir mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, para produser dan juga peminat yang telah mengundinya. Dia menyatakan selamat berjuang dan selamat maju jaya kepada peserta yang masih tinggal. Dua turut memberitahu agar menunggunya kerana dia pasti akan ‘debut’ juga kelak.

Untuk minggu terakhir ini juga, dapat disaksikan ketiga-tiga pelatih Big Hit (Hee-seung, Sung-hoon dan Jay) akan berkongsi bilik yang sama. Apa yang menarik diepisode terakhir pula, didedahkan dalam teaser terbaru seolah memberitahu BTS dan TXT akan turut hadir pada pentas akhir kelak. Penulis ingin saksikan sendiri reaksi Lee Hee-seung dengan ahli-ahli TXT memandangkan mereka pernah berlatih bersama sebelum kumpulan itu debut.

Berikut merupakan kedudukan terkini para peserta hasil penilaian para produser

1. K

2. Ni-ki

3. Sunoo

4. Heeseung

5. Sunghoon

6. Jay

7. Jake

8. Daniel

9. Jungwon

10. Hanbin

Undian peminat global, anda boleh terus mengundi menggunakan aplikasi Weverse atau menerusi laman web weverse di https://iland.weverse.io/. Undian anda akan menentukan siapa yang akan debut. Episode terakhir I-LAND akan disiarkan secara langsung pada 18 September 2020 mulai jam 8 malam KST.

‘I-LAND’ akan turut bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 6 petang menerusi tvN Asia Astro Ch 395 dan Unifi TV Ch 211.

Sumber : OSEN, slist