Penduduk Busan merasa terganggu dengan bunyi bising letupan bunga api yang dicetuskan oleh kelab peminat Jungkook BTS sempena menyambut hari jadi penyanyi itu di persisiran pantai Haeundae, Busan Korea jam 6.30pm waktu Malaysia.
Kelab peminat Jungkook BTS yang rata-ratanya dari China itu dijadualkan mengadakan majlis sambutan hari jadi penyanyi itu dengan letusan bunga api dalam sekitar 10 minit atas kebenaran oleh kerajaan tempatan dengan bersyarat dilakukan secara atas talian tanpa pendekatan sosial.
Watch Busan Haeundae holding a large scale firework show in honor of Jungkook birthday. First idol ever to witness this!!#HappyBirthdayJungkook @BTS_twt pic.twitter.com/1Hw2Mlhd88
— 𝑱𝑲ᴾᴿᴵᴺᵀ (@Jungkook_print) September 1, 2020
Walaubagaimanapun, bunyi pekikan letusan bunga api itu telah mengganggu ketenteraman penduduk sekitar. “Terkejut bunyi letusan itu macam petir menyambar. Bunyinya terlalu bising walaupun sekadar pertunjukan bunga api,” kata salah seorang penduduk berkenaan. Seorang lagi penduduk lain juga dilaporkan berkata, “Sudahlah bunga api Haeundae itu kepuk berasap, lagi terkejut pula dengan bunyi bising tiba-tiba”.
Netizen juga tidak kurang dalam mengulas tindakan kelab peminat Jungkook BTS dari China itu yang mengatakan ia bakal mencacatkan imej penyanyi tersebut. Namun, tidak kurang juga mereka yang menyokong sambutan hari jadi itu dibuat bagi menghilangkan rasa stress menonton bunga api di atas talian selepas penat bekerja.
Sementara itu, sambutan hari jadi Jungkook BTS juga dirasai di beberapa lokasi termasuklah paparan papan tanda penyanyi itu di laluan koridor serta pengiklanan di tren KTX Seoul. Rakan sekumpulan Jungkook, Kim Seok Jin turut mengucapkan selamat hari jadi buat penyanyi itu di laman twitter.
정국이 생일축하해요이? pic.twitter.com/KhK7V6g79T
— 방탄소년단 (@BTS_twt) September 1, 2020
Sumber: money today