Pelarian penuh kacak ini, Jung Hae In akan menceroboh asrama perempuan didiami oleh Jisoo Blackpink & Kim Hye Yoon di dalam jtbc Snowdrop

Image may contain: 3 people

Produksi jtbc, ‘Snowdrop’ hari ini mendapat perhatian semula apabila drama ini bakal dibintangi oleh Jung Hae In, Kim Hye Yoon dan Jisoo Blackpink.

Kim Hye Yoon sudah bersetuju untuk membintanginya manakala Jung Hae In dan Jisoo Blackpink masih berkira-kira dengan tawaran lakonan diberikan kepada mereka. jtbc ‘Snowdrop’ diadaptasikan daripada kisah memoir seorang pelarian dari Korea Utara yang mencerobohi asrama perempuan universiti terkemuka di Korea Selatan untuk melindungi dirinya sendiri.

Pada 1987, suatu letusan kecil berlaku di dalam asmara perempuan yang didiami oleh Jisoo Blackpink dan Kim Hye Yoon dengan gas pemedih mata dihemburkan sebelum seorang lelaki berlumuran darah yang bakal dilakonkan oleh Jung Hae In, muncul keluar daripadanya. Pelajar perempuan Universiti Enwa pada masa itu menganggapnya sebagai pelajar sukan. Lelaki yang berketurunan pahlawan Ildang-Baik dan merupakan bekas perisik yang pernah menjalani latihan keras di Korea Utara itu kemudiannya jatuh cinta dengan wanita yang menyelamatkannya dan dalam masa yang sama dia perlu melaksanakan misi tanah air yang ditugaskan ke atasnya.

jtbc Snowdrop yang mendapat arahan sutradara dan penulis skrip Sky Castle, yakni Jo Hyun Tak dan Yoon Hyu Mi, bakal ditayangkan menjelang awal tahun hadapan.

Sumber: hankyung

loading...