Selepas 3 orang pelakon didapati telah dijangkiti COVID-19, rata-rata pihak produksi drama mengambil langkah kecemasan mengenalpasti mana-mana mereka yang pernah berhubungan secara dekat dengan mereka sebelum ini bagi mengelakkan jangkitan kluster Kdrama daripada terus merebak.
Antaranya, pihak produksi drama KBS To All the Guys Who Loved Me dan KBS Do Do Sol Sol La La Sol yang bertindak menangguhkan penggambaran serta-merta sebaik saja pelakon drama mereka masing-masing, Seo Jung Jong dan Heo Dong Won didapati positif COVID-19. Kali ini, pihak produksi jtbc Run On juga mengambil tindakan serupa setelah mendapati seorang daripada krew mereka juga telah dijangkiti. Kesemua pelakon termasuklah Shin Se-kyung, Im Si Wan, Sooyoung SNSD, dan Kang Tae Oh mungkin terpaksa menjalani ujian dan dikuaratinkan.
‘Run On’ berkisarkan dua karakter utama dengan kehidupan berbeza yang mana apabila kali pertama bertemu, mereka mula membuka balik hati mereka yang telah lama terkurung selama ini. Im Si Wan akan membawakan watak atlet lumba lari Ki Sun Kyum, sebelum terpaksa bersara selepas kejadian tertentu yang memaksanya berbuat demikian. Sebaik saja dia menemui Oh Min Joo (lakonan Shin Se Kyung), dia terbuka hati untuk menerima takdir dalam keadaan dirinya yang bukan lagi atlet sukan. Oh Min Joo pun dalam nada yang sama, membuka hatinya yang terkusut selama ini selepas bertemu dengan Ki Sun Kyum.
Sooyoung akan membawakan watak CEO Seo Dan Ah, anak chaebol kepada Seomyung Group yang diperkecilkan kebolehannya kerana jantinanya seorang wanita. Seo Dan Ah menemui Lee Young Hwa (lakonan Kang Tae Oh), seorang pelajar seni lukisan yang agak popular di sekolahnya dan hobinya suka melukis gambar sebarangan di lorong-lorong terkemuka. Pada suatu hari,Lee Young Hwa terpana apabila diarahkan oleh seorang wanita tak dikenali (iaitu Seo Dan Ah) untuk melukiskan potretnya menyebabkan dia terjatuh hati padanya.
jtbc Run On bakal mendapat arahan PD Lee Jae Hoon (“KBS Chief Kim”,”KBS Ghost Detective”) dan penulis skrip Park Min Sook. Ia sepatutnya ditayangkan menjelang musim sejuk akhir tahun ini.
Sumber: money today