BTS dedah maksud cabaran di sebalik single terbaru, Dynamite & diharap peminat dapat sailang no.1 dalam carta Billboard Hot 100

Image may contain: 7 people, people standing

BTS menjelaskan maksud cabaran yang mahu disampaikan menerusi single berbahasa Inggeris terbaru mereka, Dynamite.

Dynamite’ ialah sebuah lagu dengan gubahan sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris dan merupakan lagu single ‘English’ kedua keluaran mereka tanpa bahasa rojak selepas ‘Waste It On Me’. Ia dicanang-canangkan sebagai lagu musim panas paling gemilang untuk tahun 2020 berentakkan ‘upbeat’ sebagai sokongan buat mereka yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19. Bercakap dengan majalah Elite Daily, BTS berkata, “Kami begitu teruga. Lagu English ini macam ‘Mic Drop’ dan ‘Waste It On Me’.”

Dalam sidang media 21 Ogos 2020 pada pagi tadi, Namjoon berkata, “‘Dynamite’ sebuah lagu yang menarik dengan bergenrekan disco pop. Lagu ini kedengaran melegakan dari mula hingga akhir, serta melodi dan koreografi-nya mudah diikuti. Apa yang kami rasa, begitu juga mereka yang akan mendengar lagu ini. Kami mahu menyanyikan sesuatu dari suara hati ini dan mahu diperkuatkan dengan ingatan itu, hasilnya wujudnya single ini yang mana suatu cabaran buat kami. Saya berasa semakin gemuruh menanti hasilnya.”

Namjoon disapa oleh Kim Seok Jin kemudian. “Lagu ini membawa mesej menangani penderitaan yang dialami kerana serangan wabak Covid-19. Tak mudah bagi saya untuk merekodkan di dalam bahasa Inggeris dengan perasaan yang ternyata berbeza daripada apa yang dialami sebelum ini. Harap ramai mendengarnya dan mampu dijadikan sebagai sokongan buat mereka,” kata Jin.

Disebabkan ‘Dynamite’ dihasilkan dengan ingatan mahu memberi keselesaan buat mereka yang terkesan dengan Covid-19, Kim Taehyung, V berkata, “Setiap orang mungkin tengah hadapi kesusahan sekarang, malah alasan dikeluarkan lagu ini juga tidak dirancang dalam keadaan seperti itu. Situasi yang ramai tidak terjangka akan berlaku yang mana yang dirancang sebelum ini habis musnah. Kini, saya dengan penuh yakin sekali menyatakan bahawa saya menyukai muzik ini lebih daripada sesiapapun kerana keghairahan ini terhadap tarian serta nyanyian. Tapi yang lebih penting, ada mereka yang lain juga mahu mendengar muzik kami. Saya berharap ‘Dynamite’ dapat menggembirakan buat mereka yang menderita sekarang.”

Dynamite yang diletakkan harapan peminat untuk mencipta rekod lebih gemilang di Amerika Syarikat dengan kedudukan no.1 pula di dalam carta Billboard Hot 100 buat pertama kali ini, akan dilancarkan di pasaran muzik tepat jam 12.00 tengah hari ini dan boleh ditonton menerusi Youtube. BTS juga akan menggegarkan pentas Video Music Awards atau lebih dikenali sebagai MTV Awards dengan persembahan single ‘Dynamite’ ini pada 31 Ogos 2020, jam 10.00 pagi nanti.

Sumber: hankyung

loading...