Krystal Jung (Chrystal Soo Jung) dikatakan akan menamatkan kontraknya dengan SM Entertainment selepas sepuluh tahun bersama dengan agensi itu dan memilih untuk bergiat aktif sebagai pelakon. Walaupun berita tersebut telah disahkan oleh SM Entertainment, pihak agensi berkenaan dikatakan berhati-hati dalam sebarang kenyataan lanjut mengenainya memandangkan mereka masih lagi berunding untuk memanjangkan kontrak dengan penyanyi itu.
Krystal Jung menganggotai kumpulan kpop f(x) yang ‘debut’ buat pertama kali pada tahun 2009 bersama-sama dengan mendiang Sulli, Victoria Song, Amber Liu dan Luna. Sepanjang bergiat aktif di dalam SM Entertainment, beliau juga terlibat di dalam aktiviti modeling dan lakonan terutamanya di dalam drama-drama popular seperti tvN Prison Playbook, SB My Lovely Girl, SBS Heirs dan tvN Bride of Habaek.
Dengan pengundurannya daripada SM Entertainment, Krystal mengikuti jejak langkah kakaknya Jessica Jung yang terlebih dahulu meninggalkan agensi itu pada tahun 2016 kerana tidak lagi komited bersama kumpulan yang disertainya ketika itu, Girl Generations (SNSD). Aktiviti seni f(x) selanjutnya terus menjadi tanda tanya dan mungkin akan diperapkan untuk sekian lamanya apabila Victoria Song, Luna dan Amber Liu juga mengambil tindakan yang sama tak lama dulu manakala Sulli telah meninggal dunia kerana membunuh diri.
Sumber: IS Plus