“Mahu pergi dengan tenang” – Hongbin selepas tinggalkan VIXX & pergi jalani khidmat negara mulai hari ini

Image may contain: 1 person, closeup

Hongbin dijangka akan menjalani khidmat mulai hari ini dan akan menerima latihan asas ketenteraan selama empat minggu, sebelum direkruit sebagai askar sepenuh masa.

Dengan pemergiannya sementara, Hongbin akhirnya menamatkan segala kontroversi yang berlegar ke atasnya selama ini yang telah membawa kepada pengundurannya daripada VIXX. Hongbin memulakan kerjaya seninya pada tahun 2012 menerusi kumpulan kpop VIXX dan telah pun berlakon di dalam beberapa buah drama seperti SBS Glorious Day, KBS Moorim School dan tvN 100 Millions Stars From The Sky.

Namun insiden tidak disangka-sangka berlaku pada sekitar Mac 2020 lalu apabila dirinya yang di dalam keadaan mabuk (meneguk tiga botol soju) dikatakan telah membuatkan kata-kata penghinaan terhadap koreografi, tarian pentas yang pernah dilakukan oleh SHINee, INFINITE, Red Velvet, Big Bang dan 2NE1 menerusi laman penstriman kendaliannya, Twitch untuk permainan games tertentu. Insiden tersebut telah mendesak rakan-rakan sekumpulannya, Leo dan Ravi membuat permohonan maaf dan Hongbin juga telah direhatkan selama beberapa bulan daripada mengendalikan Twitch sendirian sebelum penyanyi tersebut memutuskan untuk bergiat aktif bermain Twitch semula dan keluar daripada VIXX baru-baru ini.

“Situasi yang tak boleh dielakkan lagi . Aku kena pergi mulai minggu depan dan masa yang tinggal tidak lagi mencukupi. Apapun, yang lebih memuaskan hati ini, aku bebas untuk berstrim bersama Twitch dan buat apa saja termasuklah bermain games. Aku minta maaf kerana terpaksa beritahu berita yang tak menggembirakan ini kerana aku keliru sebab rancangan aku tergendala sekali lagi. Jujurnya, tiada lagi pilihan dan aku kena pergi juga akhirnya,” katanya mengumumkan berita mengejutkan itu kepada peminatnya beberapa hari yang lalu.

Sumber: sport chosun

loading...