ATEEZ bangkit menemui peminat mereka semula menerusi pengeluaran album terbaru, ‘ZERO: FEVER Part.1’ yang dijadualkan pada hari ini, 29 Julai 2020.
Mula debut pada tahun 2018 sehingga Februari tahun ini, ATEEZ telah selesai menghasilkan lima kandungan berbeza untuk siri album ‘TREASURE’ dan kali ini kembali cerita terbaru pula dengan album terkini. Berkonsepkan setiap ahli diperuntukkan jalan ceritanya tersendiri, ‘ZERO: FEVER Part.1’ pula menampilkan mesej-mesej tertentu dengan tema ‘The man with Black Fedora’ ditujukan kepada peminat untuk menyelongkar maksud di sebaliknya: Mimpi (Hongjoong), Berlegar-legar (Jongho), Diari (Mingi), Pilihan (Wooyoung), Ketetapan (San), Masa (Yeosang), Abang/Adik (Yunho), Memori (Seonghwa).
ATEEZ mengadakan sesi undian atas talian untuk menentukan lagu manakah bakal dijadikan sebagai single. Lebih 20,000 peminat daripada serata dunia (ATEEZ merupakan salah satu kumpulan kpop agak berpengaruh di dunia selain BTS, Monsta X, Super M, dan NCT) tampil mengundi dan akhirnya menobatkan ‘Inception’ sebagai pemenang berbanding ‘THANXX’. Kedua-duanya dikeluarkan sebagai teaser terlebih dahulu bagi memudahkan ATINY memilih lagu tersebut.
‘Inception’ ialah sebuah lagu berentakkan EDM dengan lirik yang menceritakan impian tidak kesampaian: “Aku sedang memerhatikankau seolah-olah aku sedang bermimpi dan tersesat, tetapi mimpi ini yang kau takkan bangkit lagi.” Mengulas tentang lagu ini, Hongjoong berkata, “Aku pernah berkeinginan untuk mencapai impian itu tetapi kesampaian, maka sebab itulah paduan melodi liriknya sangat hebat dan berharap peminat terhibur dengan video klip itu.” Malah, Hongjoong dan Mingi turut menyumbang idea mereka dalam pembikinan lirik untuk beberapa buah lagu bagi album ‘ZERO: FEVER Part.1’ ini.
Lebih menakjubkan lagi, ATEEZ telah pun mencipta rekod tersendiri apabila meraih pembelian awal melebihi 250,000 unit dan kini bersedia untuk bangkit bersaing dengan kumpulan-kumpulan kpop sedia ada di pasaran muzik. Yunho yang ditemubual berkata, “Terima kasih pada ATINY. Ianya tak berhenti di sini saja, malah menjadi batu loncatan untuk kami kejar-mengejar bersama mereka dan membuatkan kami sentiasa berasa syukur.”
Di akhir temubual, setiap ahli mengemukakan pengharapan mereka tentang ‘comeback’ terbaru ini buat peminat sekalian. Seonghwa berkata, “Setelah ATEEZ telah hasilkan banyak, mari lihat perubahan kami. Jumpa lagi dan sayang kalian, ATINY” manakala San pula dipetik berkata, ” Kalian pasti suka dengan wajah baru ATEEZ. Selesai!”
Inception yang dikeluarkan serentak dengan pelancaran album ‘ZERO: FEVER Part.1’, boleh disaksikan bermula jam 5 petang 29 Julai 2020.
Sumber: entermedia, yonhap news