Newkidd bergandingan dengan penyanyi Malaysia, Aizat Amdan & lain-lain untuk lagu terbaru ‘Me Me We’

Image may contain: 7 people, people standing

Newkidd menyertai projek ‘Me Me We’ di bawah kelolaan ME ME WE Gangnam, bergandingan dengan lapan orang penyanyi lain di serata Asia Tenggara, sebagai suatu langkah amal bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Jinkwon Newkidd mengumumkan kolaborasi tersebut, “Agak menyedihkan bila kami kesempitan masa untuk temui peminat disebabkan Covid-19.  Saya berharap suatu hari nanti, saya dapat bertemu dengan peminat di atas pentas secepat mungkin. Saya juga sedang menulis lirik dan cuba meluangkan masa sedia ada untuk menjadi artis yang berjaya.”

Woochul pula berkata, “Lirik ‘Me Me We’ ini sangat indah. Antaranya, lirik chorus begini, Sekaranglah, bukalah hati kamu.’ Ia membuatkan anda mendengarnya terasa segar-bugar. Saya harap dapat gunakan kudrat kecil ini untuk hadapi kesukaran hidup ketika ini.” Bagaimanapun, hanya empat orang ahli Newkidd yang hadir bagi mengikuti sesi rakaman lagu tersebut iaitu Hwi, Woochul, Jinkwan, dan Yunmin saja manakala tiga lagi yang lain: Hansol, Jiann, and Seungchan dikatakan masih lagi mendapat rawatan di hospital di mana ‘kehilangan’ mereka secara tiba-tiba menimbulkan tanda tanya netizen sehingga mendapat liputan meluas beberapa minggu yang lalu.

Turut menyertai projek ini ialah dua orang penyanyi Korea sedia ada, Ailee dan Ravi VIXX serta penyanyi Malaysia, Aizat Amdan. Empat lagi penyanyi lain dalam senarai ialah Rahmania Astrini (Indonesia), Chillies (Vietnam), PAM (Thailand) dan Quest (Filipina).

‘Me Me We’ yang merupakan projek usahasama antara pejabat ME ME WE Gangnam dengan Warner Music ini akan dilancarkan pada 30 Julai 2020 bermula jam 5 petang.

Sumber: sport seoul

loading...