Macam ‘jambu cair’, Asahi undang teriakan netizen ketika melaram untuk pembikinan MV TREASURE

Image may contain: 2 people, closeup

Asahi, atau nama sebenarnya Hamada Asahi, baru-baru ini bersiap-sedia untuk pembikinan muzik video sempena pelancaran album sulung TREASURE yang belum dinamakan lagi.

Asahi dilihat menghalakan kipas ke arah mukanya dengan seorang jurumekap yang berdiri berhampiran sedang mengelap peluhnya.

Gaya melaramnya untuk pembikinan muzik video tersebut mendapat perhatian netizen berikutan wajahnya yang begitu jambu (‘Flower Boy’, gelaran yang biasanya diberikan) menampakkan dirinya seakan-akan watak animasi Jepun. Ada di antaranya telah menyamakan bakal penyanyi itu dengan pelakon Hollywood terkenal, Leonardo Di Caprio Untuk makluman, Asahi lahir pada tahun 2001 dan kini baru berusia 19 tahun.

TREASURE bakal dianggotai oleh 12 orang ini, bakal ‘debut’ tak lama lagi setelah diperapkan lama dalam kotak simpan YG selama hampir 1 tahun setengah. Mereka menjadi kumpulan terbaru keluaran YG selepas Blackpink yakni lebih 4 tahun lalu.

Sumber: OSEN

loading...