Pemilihan pelakon ‘True Beauty’ selesai; Park Yoona, Cha Eun Woo, Moon Ga Young & Hwang In Yeob bakal dihimpunkan bersama

Image may contain: 5 people

Berikutan pengumuman agensi KeyEast tentang anak buahnya, Hwang In Yeob sedang mengikuti ujibakat pelakon untuk menjayakan watak Han Seo Jun, pemilihan pelakon utama drama ‘True Beauty’ bolehlah dianggap sudah selesai. Hwang In Yeob pernah melakonkan watak Goo Ja Sung di dalam jtbc Moment of Eighteen sebelum ini.

True Beauty’ yang diadaptasikan daripada webtoon, berkisarkan tentang kisah seorang wanita tak mahu mendedahkan rupanya di khalayak ramai tanpa mengenakan mekap sehingga membawanya mengenali lelaki yang tahu tentang rupa sebenarnya. Moon Ga Young akan membawakan watak utama bernama Im Ju Gyeong.

Cha Eun Woo pula bakal melakonkan watak Lee Su Ho, yakni lelaki yang tampak sempurna dari segi paras rupanya dan merupakan pelajar terbaik di sekolah. Lee Su Ho tidak mudah berkenan dengan gadis-gadis yang mahu mendampinginya dan meluahkan rasa cinta terhadapnya. Pada suatu hari, apabila berhadapan dengan gadis yang disukainya iaitu Im Ju Gyeong, Lee Su Ho yang acapkali menunjukkan sisi dirinya yang tampak tabah dan tegas sebelum ini, tiba-tiba menjadi terkesima dan mudah menggelabah.

Manakala, Park Yoona sebagai Kang Sujin pula digambarkan seorang yang sangat cantik rupawan dan mempunyai potongan badan yang menawan. Sikap yang kurang mesra ditunjukkan oleh Lee Sun Ho terhadapnya membuatkan dia memutuskan untuk merampas Lee Sun Ho daripada tangan Im Ju Gyeong. Hwang In Yeob pula sebagai Han Seo Jun, seorang yang mudah bersosial tapi agak berperangai kasar pada sesiapa yang tidak disukainya disebabkan latar belakangnya yang berasal daripada keluarga miskin. Menyukai bidang nyanyian dan mempunyai suara seperti Sam Smith, Han Seo Jun menjalani latihan sebagai idol tetapi hidupnya tidak keruan sejak menemui gadis yang diminatinya, Jungyeon dan terpaksa bersaing dengan Lee Sun Ho bagi mendapatkan Jungyeon sepenuhnya.

True Beauty bakal mendapat arahan PD Kim Sang Hyub (“MBC Extraordinary You”) dan penulis skrip Lee Si Eun (“Rude Miss Young Ae”). Tiada lagi kata putus mengenai tarikh tayangan drama ini.

“True Beauty” boleh ditonton di Astro tvN Asia Ch 395, Unifi TV Ch 211 dan Astro Go mulai 10 Disember, jam 9.45 malam setiap Khamis dan Jumaat.

https://www.instagram.com/p/CG65kCVA-5z/

Sumber: xsportnews