No Min Woo nafi akan berkahwin dengan Ayase Haruka sebaik saja Sukan Olimpik Tokyo berakhir tahun hadapan

Image may contain: 2 people, text

No Min Woo menyangkal gosip dikeluarkan oleh akhbar tabloid Jepun, Josei Seven berhubung dakwaan beliau akan berkahwin dengan pelakon Jepun yang sangat terkenal, Ayase Haruka selepas Sukan Olimpik Tokyo berakhir nanti.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan olehnya, No Min Woo berkata, “Jangan risau mengenainya” dengan disertakan tirai berwarna putih di belakangnya. No Min Woo mendedahkan hubungannya dengan Ayase Haruka hanya sekadar kawan biasa, begitu juga dengan Ayase Haruka.

Menurut Josei Seven, kedua-duanya diperkenalkan selepas No Min Woo selesai menjalani khidmat ketenteraan pada tahun 2018. Mereka pernah merancang untuk berkahwin ketika Sukan Olimpik berlangsung nanti namun terpaksa membatalkan niat tersebut selepas Sukan Olimpik ditangguhkan kerana wabak Covid-19. Jika Sukan Olimpik tidak ditangguhkan, mungkin berita ‘perkahwinan’ mereka akan dimaklumkan lebih awal dari biasa.

No Min Woo memulakan kerjaya nyanyian sebagai ahli kumpulan TRAX sebelum berlakon di dalam beberapa buah drama seperti SBS My Girlfirend is Gumiho dan SBS Full House Take 2 manakala Ayase Haruka memang tersedia dikenali kerana lakonan dalam beberapa buah drama Jepun yang hit seperti Hotaru No Hikari, Jin, Mr. Brain dan Gibo to Musume no Blues.

Sumber: segye, arama japan

loading...