Diganggu sasaeng, Youngjae GOT7 kemurungan sehingga nampak monyok ketika kunjungi MBC Radio malam tadi

Image may contain: 2 people, text

Gangguan berterusan daripada peminat sasaeng menyebabkan Youngjae GOT7 tidak lagi kelihatan ceria seperti dahulu.

Pada 2 Julai 2020 beberapa jam sebelum penyanyi itu dijadualkan mengunjungi MBC Radio, Youngjae GOT7 sempat meluahkan rasa geramnya terhadap perangai melampau sasaeng yang kerap mengganggu privasi hidupnya. Katanya seperti dipetik sebelum dipadamkan hantaran itu kemudiannya, “Sudah-sudahlah mengintai aku sampai ke salon rambut dan ruang mekap. Nak ugut aku kah? Sebab bila korang ambil gambar aku, korang boleh cakap-cakap dengan orang di kafe (merujuk kepada laman komuniti forum kelab peminat), dan berbangga cakap ‘Boleh tak aku buat hantaran pasal ni?’ “

 

“Kalau kau nak tengok hidup seseorang hancur, cuba buat hantaran pasal gambar kau dan rasai sendiri betapa peritnya,” tambah Youngjae lagi yang merayu peminat sasaeng supaya berhenti menghubunginya menerusi telefon yang berlarutan sejak Disember 2019.

Bagaimanapun Youngjae GOT7 yang tiba di program bualbicara MBC Radio kemudiannya kelihatan tidak bermaya membuatkan peminat berasa bimbang terhadap keadaan kesihatannya kerana menyangka Youngjae mungkin sedang kemurungan setelah terpaksa berhadapan dengan gangguan berterusan daripada sasaeng. Tanda pagar #protectyoungjae dinaikkan di twitter bagi menyatakan sokongan kepadanya.

Dalam masa yang sama, JYP turut mengumumkan akan membuat tindakan tegas mewakili GOT7 dan ITZY.

Sumber: heraldpop