Berdebar-debarnya hati Seo Ye Ji bila tersentuh dada Kim Soo Hyun di dalam tvN It’s Okay to Not Be Okay

Image may contain: 2 people, closeup

Episod ketiga tvN It’s Okay to Not Be Okay atau ‘Psycho But It’s Okay’ tampaknya mempunyai tarikannya sendiri.

Ko Moon Young (lakonan Seo Ye Ji) tiba di hospital sakit jiwa dengan disaksikan oleh Moon Kang Tae (lakonan Kim Soo Hyun).

Moon Young berkata, “Aku datang nak jumpa kau.” Sambil tersenyum kambing, Kang Tae memandangnya lalu berkata , “Oh baiklah, inilah dinamakan evolusi, bukannya perubahan. Tapi kau kenal aku kah?”

“Aku akan kenal kau tak lama lagi,” jawab Moon Young. “Tapi apa yang kau nak sebenarnya?,” tanya Kang Tae lagi.

“Aku nak makan yang ni, yang tu. Bagi aku Kang Tae,” sebut Moon Young tanpa rasa malu lagi.

Kemudian, Moon Young mengekori Kang Tae ke bilik persalinan baju sehinggalah dia ternampak Kang Tae tidak berbaju sambil menunjukkan tubuhnya yang bersasa. “Wow”, kata Moon Young yang nyata tersentak melihatnya. Namun, Moon Young terhenti sekejap apabila mereka didatangi oleh Nam Joo Ri yang tidak senang dengan kehadiran Moon Young di situ.

 

tvN ‘Psycho But It’s Okay’ berkisarkan tentang seorang pekerja kesihatan yang ditugaskan menjaga wad pesakit jiwa dengan tawaran gaji lumayan dan menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang pesakit di bawah jagaannya yang merupakan seorang penulis novel fiksyen kanak-kanak yang menghidapi penyakit kecelaruan personaliti pinggiran (“Antisocial Personality Disorder”) dengan perangai yang kurang ajar serta mementingkan diri sendiri. Premis drama ini akan membayangkan seorang lelaki yang tak percaya akan cinta tapi akhirnya terjatuh hati kepada wanita yang tak sedar pun dirinya sedang dilamun cinta.

Kim Soo Hyun akan memegang watak Moon Kang Tae, seorang pekerja wad pesakit jiwa yang dikurniakan dengan kelebihan menakjubkan seperti memiliki tubuh yang sasa, otak yang pintar, mudah bersimpati dengan orang lain, kesabaran yang tiada had, dan kemahiran untuk bertindak dengan pantas apabila berlakunya kejadian tak diingini. Keputusan Moon Kang Tae untuk  bekerja di tempat tersebut barangkali kerana mahu menjaga abangnya yang lebih tujuh tahun tua daripadanya dan seringkali menunjukkan tanda-tanda autism.

Seo Ye Ji pula akan membawakan watak sebagai Go Moon Young, seorang penulis novel fiksyen kanak-kanak yang menderita penyakit kecelaruan personaliti pinggiran (“Antisocial Personality Disorder”/ ASPD). Dia dibesarkan oleh ibunya yang merupakan novelis misteri dan seorang ayah yang merupakan profesor pengajian bahasa Korea di sebuah universiti terkemuka. Dia sering dibuli dizaman kanak-kanak sehingga terganggu emosinya dan tidak dapat menghabiskan masa dengan kanak-kanak yang lain. Bagaimanapun, setelah dewasa Go Moon Young menjadi seorang penulis buku kanak-kanak yang popular.

Oh Jung Se akan melakonkan watak seorang autisme bernama Moon Sang Tae, yang merupakan ilustrator yang sangat berbakat. Moon Sang Tae merupakan abang serta ahli keluarga yang masih ada buat Kang Tae (Kim Soo Hyun) dan itu adalah alasan terbesar bagi Kang Tae untuk meneruskan kehidupan ini. Jangan ketinggalan untuk saksikan bromance dan chemistry yang akan terjalin antara Oh Jung Se dan Kim Soo Hyun dalam drama ini.

Manakala, Park Gyu Young membawakan watak Nam Joo Ri, seorang jururawat di wad pesakit jiwa di mana Moon Kang Tae turut bekerja. Nam Joo Ri terdahulu tinggal di Seoul dan kemudian berpindah ke kampung halaman dek kerana ibunya yang sakit dan akhirnya mendapat kerja sebagai jururawat. Dia bukan sahaja rakan sekerja Moon Kang Tae malah keduanya seakan serasi dalam persahabatan dan percintaan.

tvN ‘Psycho But It’s Okay’ mendapatkan khidmat pengarah Park Shin Woo (“SBS Jealousy Incarnate”) dan juga penulis skrip, Jo Yong (“KBS Jugglers”). Ia mula disiarkan pada 20 Jun lalu menerusi Netflix bagi mengisi slot drama Sabtu dan Ahad mulai jam 9.30 MYT. 

Sumber: tv report