Kim Dong Han, Park Lee Hyun & Son Hyun Woo sertai drama bertemakan siswa kolej, ‘Trap’

Image may contain: 3 people
Dari kiri: Kim Dong Han, Park Lee Hyun dan Son Hyun Woo.

Kim Dong Han, Park Lee Hyun dan Son Hyun Woo menyatakan persetujuan membintangi drama web terbaru berjudul ‘Trap’.

‘Trap’ ialah sebuah drama romantik berputik antara remaja dalam usia 20-an ketika belajar di kolej dan bagaimana pengkhianatan berlaku melahirkan simpati. Song Hyun Woo akan membawakan watak utama bernama Kim Jun Su, yakni pelajar kolej yang memiliki ketampanan sejati kerana ketinggiannya yang melampai manakala Park Lee Hyun dan Kim Dong Han pula masing-masing sebagai Jin Se Yeon dan Hyun Woo Jin, yakni juga pelajar kolej.

Drama ini merupakan lakonan pertama Kim Dong Han yang sebelum ini pernah menganggotai JBJ dan pernah dicanang-canang akan debut bersama Kim Yo Han di dalam kumpulan kpop yang belum dinamakan lagi. Park Lee Hyun pula lebih dikenali menerusi bidang perfileman manakala Son Hyun Woo pula merupakan model YG K Plus dan mempunyai pengalaman berlakon di dalam drama web sebelum ini.

Trap bakal dipaparkan menerusi aplikasi Tik Tok secara langsung dan juga Youtube tvnD Story seminggu kemudian.

Sumber: sportseoul , tenasia, ytn

loading...