Soo Ae mungkin kembali dengan projek drama terbaru dalam tempoh empat tahun

Image may contain: 1 person

Yass, kemungkinan aktres Soo Ae akan kembali dengan projek drama terbaru dalam tempoh empat tahun.

Pada 23 Jun, sumber daripada industri drama memberitahu portal Ilgan Sports, “Soo Ae akan menerajui drama ‘Now, We Are Breaking Up’ (tajuk kerja drama).”

Agensi Soo Ae, Huayi Brothers, pada tarikh yang sama juga turut memberitahu kepada beberapa media, ” Ya, dia telah ditawarkan membintangi drama tersebut dan sedang menelitinya secara positif.”

‘Now, We’re Breaking Up’ berkisarkan tentang pasangan yang berpisah dan akan mendapat sentuhan dari sutradara Lee Gil Bok, yang sebelum ini mengarahkan drama ‘My Love from the Star‘, ‘Vagabond‘, dan ‘Dr. Romantic‘. Manakala skripnya akan dihasilkan oleh Je In yang sebelum ini menghasilkan naskhah bagi drama ‘Misty’.  Jika Soo Ae menerima tawaran ini, dia akan membawakan watak Ha Young Eun, seorang wanita yang berkeyakinan dan ‘independent; serta mengetuai bahagian pereka disebuah syarikat label fesyen.

Dia digambarkan seorang yang dingin, pintar dan mengutamakan keselamatan dalam segenap perkara.  Ha Young Eun berusia 38 tahun. Namun disebabkan kerjayanya sebagai pereka fesyen, dia sentiasa membawa dirinya mengikut perkembangan terkini dan memastikan badannya sentiasa ‘fit’. Oleh disebabkan itu, Ha Young Eun sentiasa kelihatan muda dan cantik.

Drama terakhir lakonan Soo Ae adalah pada tahun 2016 berjudul  ‘Sweet Stranger and Me‘. Bagaimanapun, korang boleh menonton drama Soo Ae “Queen of Ambition” (2013) disamping Kwon Sang Woo, U-Know dan Kim Sung Ryoung yang sedang disiarkan di ONE TV ASIA Ch 393 pada setiap Khamis dan Jumaat jam 8.30 malam.

Tidak sabar rasanya nak melihat Soo Ae kembali beraksi diskrin kecil kerana bakat lakonannya yang hebat. Harap-harap dia menerima tawaran tersebut. Maklumat lanjut mengenai drama ‘Now, We’re Breaking Up’  masih lagu dalam perbincangan.

Sumber : isplus | Naver | Newsis

loading...