Moon Chae Won akui mudah cair dengan lelaki ‘badboy’ seperti Lee Joon Gi di dalam tvN Flower of Evil

Image may contain: 2 people

Lee Jun Ki (Lee Joon Gi) dan Moon Chae Won mengadakan sesi perkenalan tentang drama terbaru lakonan mereka, tvN Flower of Evil yang akan ditayangkan mulai 22 Julai 2020 depan.

Di dalam video disertakan buat tatapan peminat drama, Lee Jun Ki berkongsi pandangannya tentang lakonannya sebagai Baek Hee Sung di dalam drama tersebut. ” Baek Hee Sung ialah seorang yang cuba menyembunyikan rahsia identitinya yang kejam pada masa lalu daripada pengetahuan Cha Ji Won, isterinya yakni seorang detektif polis, tapi akhirnya tetap juga didedahkan olehnya,” katanya menjawab soalan ditanya oleh Moon Cha Won.

Ditanya samada watak ayah yang penyayang tapi dingin agak menyerupai dirinya sebenar, Lee Jun Ki meminta Moon Chae Won menjawabnya. “Saya rasa 100 peratus, tapi saya akan pilih 97 peratus,” kata Moon Chae Won dengan begitu yakin lalu dipersetujui oleh Lee Jun Ki kemudian. “Lagi 3 peratus, saya nak penonton lihat sendiri,” telah Lee Jun Ki pula.

Kemudian Moon Chae Won berkongsikan pandangan tentang apa yang dirasainya selepas membaca skrip drama buat pertama kali. “Saya memiliki ‘taste’ yang sama seperti gadis-gadis lain yang mudah cair dengan lelaki ‘badboy’. Skrip itu mempunyai aura ‘badboy’ yang dimaksudkan,” katanya.

“..Saya rasa Cha Ji Won kena hadapinya juga,” celah Lee Jun Ki. “Sebab itu lah saya tengah berusaha sekarang,” jawab Moon Chae Won sambil tersenyum.

Lee Jun Ki dan Moon Chae Won pernah dipertemukan di dalam drama tvN Criminal Minds sebelum ini sebagai rakan sejawat kepolisan. tvN Flower of Evil akan menyaksikan mereka bergandingan semula, kali ini sebagai suami isteri pula.

tvN Flower of Evil bakal mendapat arahan Kim Cheol-Kyu (“tvN Chicago Typewriter”,”KBS On My Way To The Airport”,”tvN Mother”) dan penulis skrip Yoo Jung Hee. Ia bakal ditayangkan di Malaysia menerusi cenel Tvn Asia, ASTRO 395 dan Unifi TV 211 bermula 23 Julai ini.

View this post on Instagram

🔹🔺 #FlowerofEvil 🔻🔹 Lee Joon-gi and Moon Chae-won are starring in our upcoming 24-hour express drama <Flower of Evil> that tells the story of a psychopath who falsifies everything about his cruel past to marry his wife, a detective who will soon find out the truth as she investigates a murder case…🔪💔 Stay tuned to the premiere of <Flower of Evil> on July 23! 李準基和文彩媛再次携手合作,帶來即將在七月首播的<惡之花>,講述一個心理變態隱藏自己殘酷的過去與重案組刑警結婚,但被正在追查一宗殺人案的妻子無意地揭開自己身份的懸疑愛情故事🔪💔 – 📣 Premieres 23 Jul | Every Thu & Fri 21:45 (GMT+8) – Available in: 🇸🇬 Singtel Ch518 ǀ StarHub Ch824 🇲🇾 Astro Ch395 & Astro GO ǀ unifi TV Ch211 & unifi playTV 🇮🇩 MNC Vision & Play Ch158 & MNC Vision+ ǀ First Media Ch339 ǀ TransVision Ch321 ǀ UseeTV Ch 516 Ch955 ǀ Vidio 🇭🇰 myTV SUPER K-Club – #tvNAsia #BestKoreanEntertainment #24hrExpress #LeeJoonGi #MoonChaeWon #JangHeeJin #SeoHyunWoo #惡之花 #李準基 #文彩媛 #張熙珍 #徐賢宇 #악의꽃 #이준기 #문채원 #장희진 #서현우

A post shared by tvN Asia (@tvn.asia) on

Sumber: Youtube