Diangkat juara The Road To Kingdom, The Boyz kini layak bergelar raja kpop untuk musim ini

Image may contain: 15 people, text

Road To Kingdom akhirnya melabuhkan tirainya dengan mengangkat The Boyz sebagai juaranya untuk musim ini, mengatasi pencabar-pencabarnya di peringkat akhir pusingan iaitu ONF, Pentagon, ONEUS dan VeriVery.

The Boyz berjaya memperolehi mata sebanyak 60,765 secara keseluruhan sekaligus meletakknya di tempat pertama dengan ONF, Pentagon, ONEUS dan VeriVery masing-masing berada di tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima. The Boyz pernah diangkat sebagai juara sekali pada Episod Kedua dan Ketiga rancangan realiti tv itu, namun persaingan sengit sesama mereka telah menyebabkan The Boyz sekadar terkandas di dalam kelompok ketiga terbaik setiap minggu. Malah, jumlah markah yang terkumpul tertinggi diperolehi sebelum acara persembahan mingguan bermula, juga agak membantu memberikan momentum buat The Boyz bagi mengenepikan pesaing terdekatnya, ONF seterusnya menggondol gelaran juara Road To Kingdom.

Mata kemenangan dihitung seperti berikut: undian (30% peminat antarabangsa menerusi aplikasi Whosfan, 70% peminat di Korea menerusi peti mesej), mata keseluruhan daripada pusingan pertama hingga ketiga, bilangan tontonan di Youtube Mnet dan Naver TV, serta skor pencapaian single ‘comeback’ masing-masing yang dikeluarkan pada 12 Jun 2020.

“Ada komentar daripada peminat mahu kami serlahkan kehebatan selaku bakal juara. Kami akan tunjukkan di atas pentas. Jika satu ruang diberikan, ianya ialah ‘CHECKMATE’. Versi terakhir penceritaan The Boyz sepanjang menyertai pertandingan ini. Juga, mesej terakhir yang kami yakin bakal membawa kami kepada kemenangan. Oleh itu, kami akan buktikan dan lakukannya di atas pentas terakhir ini,” katanya sebelum The Boyz melangkah masuk dengan dengan mempersembahkan lagu ‘CHECKMATE’ di depan penonton untuk terakhir kalinya.

Sumber: OSEN

loading...