Super Junior KRY tundukkan WJSN, Ha Sung Woon, NFlying & Baekhyun EXO raih album terlaris minggu ini

Image may contain: 20 people, child

Super Junior KRY membuktikan pengaruh subunit kecil bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng.

Album ‘When We Were Us’ memperolehi jualan sebanyak 93,421 unit, sekaligus mengenepikan WJSN, Ha Sung Woon, NFlying dan Baekhyun EXO yang masing-masing berada di kedudukan no.2,no.3, no.4 dan no.5 di dalam carta album Gaon. Super Junior KRY, terdiri daripada 3 orang ahli Suju yang asal: Yesung, Kyuhyun dan Ryeowook. Pencapaian ini agak membanggakan memandangkan mereka buat pertama kalinya baru mengeluarkan album sulung yang pertama pada 8 Jun 2020 lalu walaupun telah dipromosikan sejak tahun 2006 lagi.

Bercakap tentang single utama ‘Midnight Story’, Kyuhyun berkata, “Lagu ini akan popular bila 12.00 malam menjelma, bukan? Ia lagu yang selesa didengari ketika anda sedang menikmati deruan angin malam.” Ryeowook akan mengubahsuai video Youtube ketika 12.00 malam menjelma, menjadikannya sebagai rutin harian tengah malamnya manakala Yesung mengandaikan ‘Midnight Story’ seperti menyanyi di tengah-tengah bintang bergemilapan di angkasa. ‘Midnight Story’ boleh didengari menerusi Youtube atau Spotify.

Selain ‘Midnight Story’, album ini turut mengandungi lima buah lagi lagu yang lain. Bagi mempromosikan album tersebut, Super Junior KRY membuat persembahan di beberapa music show seperti Music Bank dan lain-lain.

Sumber: gaon

loading...