Sebaik saja TWICE bergelar juara Inkigakyo, Tzuyu mendapat kejutan ucapan hari jadi daripada rakan-rakannya.
“Hari ini hari terakhir kami di atas pentas. Terima kasih kepada mereka yang meletakkan kami di tempat pertama dan juga staf yang bertungkus-lumus. Dan, selamat hari jadi, Tzuyu,” ucap Jeongyeon di depan hadirin di atas pentas. Tzuyu yang sememangnya menyambut hari jadi ke-21 pada hari ini berkata, “Terima kasih kerana tetap bersusah senang bersama bagi mendapatkan no.1 ketika hari jadi saya. Saya sayangkan kalian.”
Untuk rekod, ini ialah kemenangan kelima ‘More&More’ di dalam ‘music show’. TWICE turut melakarkan sejarah kumpulan kpop perempuan pertama memperolehi kejuaraan melebihi 100 kali di dalam pertandingan terbuka ‘music show’.
Super Junior KRW, Ha Sung Woon, NFlying dan Cosmic GirlS (WJSN) antara yang menyertai persembahan di Inkigayo pada minggu ini.
Sumber: OSEN