Buat kesekian kalinya, kemenangan TWICE ke-100 kali disambut dengan penuh meriah sekali!

 Image may contain: 5 people, people standing

Hari ini tercipta sejarah buat TWICE apabila merangkul kejuaraan di dalam “music show” untuk kali ke-100.

Dihoskan oleh Dahyun TWICE bersama Choi Bo Min, TWICE telah menundukkan IU menerusi lagu Eight bagi merangkul gelaran tersebut menerusi persembahan ‘More&More’ di KBS ‘Music Bank’ sebentar tadi yang turut dihadiri oleh Taejin Ah, NFlying, Ha Sung Woon, WayV, Space Girl, DIA dan Seo Eun Kwang BTOB.

Menyambut kemenangan tersebut, Chaeyoung berkata, “Sudah lama kami tak dapat no.1 di dalam “Music Bank”, tak sangka ini kali ke-100 keseluruhannya. Kami akan buat lebih baik selepas ini.” Kata-kata tersebut mungkin dihalakan ke atas kritikan yang diterima sebelum ini. Malah, dalam persembahan ‘encore’ kemudiannya, Momo cuba memperbetulkan balik kesilapan teknik nyanyiannya sekaligus memadamkan segala kritikan dibuat kepadanya di atas persembahan yang mengecewakan kelmarin dengan suara ‘hidung’ dikeluarkan tidak kena pada tempatnya. Kesemua ahli TWICE dilihat menyedut gas helium lalu menyanyi mengikut rentak lagu ‘More&More’.

Sebaik saja selesai rancangan itu, Dahyun pula menulis sesuatu buat peminat mereka menerusi instagram rasmi TWICE selepas tidak berkesempatan berbuat demikian di Music Bank demi menyempurnakan tugasan sebagai hos. “Ketika muzik diperlukan, inilah kemenangan TWICE ke-100 dalam Music Bank. Hari ini ialah 100 kali bermakna buat kami. Saya jadi MC dan dapat tempat pertama,” katanya.

TWICE turut mencipta sejarah sebagai kumpulan kpop paling pantas sekali meraih kejuaraan ke-100 untuk ‘music show’ di dalam tempoh 1,697 hari mengatasi EXO dengan 1996 hari dan Girl’s Generation dengan 2813 hari. Secara keseluruhannya, TWICE terikat dengan Girl’s Generation di posisi no.2 menyusuli EXO untuk jumlah kemenangan di ‘music show’.

Sumber: newsis, heraldpop

loading...