TOO tersenggol, ONF diangkat sebagai juara ‘Road To Kingdom’ minggu ini

Image may contain: 3 people, text

Kumpulan On & Off merangkul gelaran juara Mnet ‘Road To Kingdom’ pada minggu ini setelah berjaya meraih markah tertinggi di dalam tiga pertandingan diadakan yakni sebanyak 31.890 mata mengatasi pencabar terdekatnya, The Boyz juara dua minggu lepas dengan 30.765 mata saja yang diraih. ONF turut merampas gelaran juara tersebut daripada tangan PENTAGON yang memenanginya pada minggu lepas.

Sebaik saja diumumkan sebagai pemenang, J-Us hampir-hampir tidak dapat menahan sebak lalu berkata, “Ini kemenangan kami yang pertama semenjak tiga tahun yang lalu. Ramai membikin kumpulan disebut On&Off, tetapi kami yakin bahawa kamilah kumpulan yang berjaya lakukannya.” Hyojin yang berada berhampiran turut berterima kasih kepada rakan-rakan ONF yang bersusah-payah untuk merealisasikannya. “Saya ada kawan yang lakukan dengan baik di atas pentas,” telahnya dengan penuh bangga sekali.

ONF berjaya menduduki tempat pertama di dalam persembahan kolaborasi dengan PENTAGON bagi melaksanakan misi menyanyikan lagu It’s raining oleh RAIN sebelum disambut oleh PENTAGON yang menyanyikan Follow oleh Monsta X kemudiannya.

Manakala, suasana sepi menyelubungi TOO apabila mereka terpaksa akur untuk berundur dari ‘Road To Kingdom’ buat selama-lamanya. TOO perlu melaksanakan misi menyanyikan lagu Hard Carry oleh GOT7, namun lagu tersebut tampaknya tidak memihak pada mereka. “Saya minta maaf banyak-banyak. Saya nak bagitahu kami terkesan sangat tetapi kami tetap bangga dipanggil TOO. Kami akan tunjukkan lagi di masa depan,” kata Chan sambil mengalirkan air mata.

“Road To Kingdom”, ialah Queendom versi lelaki diterjemahkan sebagai program ‘comeback battle show’ yang disertai oleh beberapa kumpulan K-Pop seperti Golden Child, Pentagon, ONF, OneUS, The Boyz, TOO dan VeriVeri dengan masing-masing membuat kemunculan semula di mana single-single mereka akan diriliskan secara serentak.

Menurut pihak produksi Mnet, pengiraan markah berdasarkan 30% daripada pihak juri manakala 70% pula daripada undian netizen. Kesemua kumpulan tersebut akan bersaing untuk mendapatkan tempat pertama berdasarkan lagu siapa yang berjaya menguasai carta muzik, seterusnya ditabalkan sebagai raja kpop dalam pusingan terakhir yang akan dilangsungkan bermula minggu depan.

Buat penonton di Malaysia, Mnet ‘“Road To Kingdom” boleh ditonton menerusi langganan di Astro On Demand.

Sumber: hankookilbo, newsen