Menyangka ada ahli yang keluar, Soribada batalkan pencalonan EXO untuk anugerah utama

Image may contain: 10 people

Soribada membuat penjelasan berhubung keputusannya untuk menggugurkan EXO daripada pencalonan anugerah utama rentetan daripada gesaan bertalu-talu daripada peminat yang mahukan jawapannya.

“Kami memilih calon-calon berdasarkan prosedur dan standard dalaman yang ditetapkan. Dalam kes EXO, isu seperti pengeluaran ahli kumpulan dalam tempoh pencalonan (2019.08.01~2020.04.30) menyebabkan ianya tergugur,” kata panel yang ditugaskan menjawab persoalan itu mungkin merujuk kepada Chen yang disangka bukan ahli. Jawapan itu juga belum tentu adalah pendirian rasmi Soribada.

Akan tetapi, alasan oleh panel Soribada itu telah mendatangkan kemarahan buat peminat Exol terutamanya di kalangan antarabangsa. Ia berikutan keputusan SM Entertainment yang tetap mengekalkan keahlian Chen selepas berbincang dengan kesemua ahli terbabit, maka menurut mereka, tidak wajar untuk memberikan alasan berkenaan melainkan Soribada khuatir dicerca sebilangan peminat yang masih lagi tidak boleh menerima hakikat pemberitahuan berkahwin secara tiba-tiba oleh Chen pada tempoh hari.

Sejak daripada itu, tanda pagar #EXOISNINEORNONE dan #소리바다_해명해 dinaikkan di twitter bagi menyatakan protes mereka terhadapnya. Anugerah Soribada 2020 akan berlangsung pada 13 Ogos 2020 ini.

Sumber: etoday

loading...