Han AhReum, bekas ahli TARA ini, berkongsikan berita gembira menerusi kenyataan dibuatnya di dalam instagram-nya pada 31 Mei 2020 semalam.
“Satu keajaiban berlaku tanggal 2020.05.31 ini. Pada 29 Mei lalu, saya dikejarkan ke hospital kerana sakit tapi tidak dapat beranak cara macam biasa. Tiga hari kemudian, saya temui bayi ini melalui pembedahan Caesarean. Tengoklah apa yang berlaku… bayi dilahirkan dengan berat 4kg,” katanya.
Han Ahreum berkahwin dengan seseorang yang bukan selebriti pada Oktober 2019. Majlis perkahwinan mereka dicadangkan pada Februari, tapi ditangguhkan mungkin disebabkan oleh wabak Covid-19.
Sumber: OSEN