Keluar berfoya-foya dengan ketika kemuncak Covid-19, Yuya Tegoshi sekali lagi berundur dari dunia hiburan untuk sementara waktu saja

Gambar di sebelah kanan tiada kaitan dengan kejadian berlaku baru-baru ini.

Penyanyi popular dari kumpulan Jpop, NEWS, Yuya Tegoshi direhatkan daripada segala aktiviti hiburan selepas dilihat berpeleseran dengan beberapa orang gadis di Tokyo pada akhir April lalu ketika saranan untuk Covid-19 perlu diperketatkan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Johnny Entertainment kelmarin setelah mengesahkan keberadaan Yuya Tegoshi di tempat kejadian. Johnny Entertainment turut mengesahkan bahawa mereka telah menasihati Yuya Tegoshi supaya berhati-hati di atas segala tindak-tanduknya, namun tampaknya ia gagal difahami oleh penyanyi itu.

Sebelum ini, Yuya Tegoshi dilaporkan telah menghadiri kelab arak di Tokyo bersama beberapa puluhan wanita pada akhir April 2020. Berita pendedahan tersebut tidaklah terlalu janggal buat Yuya Tegoshi apabila beliau pernah ‘ditangkap’ keluar minum bersama gadis di bawah umur sehingga terpaksa berehat daripada segala aktiviti hiburan selama tiga minggu.

Selain bergiat aktif sebagai penyanyi, Yuya Tegoshi yang kini berusia 32 tahun, banyak membintangi drama dan filem, antaranya, Yamato Nadeshiko dan My Boss My Hero.

Sumber: yahoo japan

loading...