Kumpulan manakah bakal bergelar ratu Kpop di Korea untuk bulan Jun mendatang? TWICE, Blackpink & IZ*One bersedia dengan ‘comeback’ terbaru

Atas: TWICE, Bawah dari kiri: IZ*One, Blackpink

TWICE, Blackpink dan IZ*One akan mengeluarkan album terbaru mereka depan secara berselang-seli mulai bulan Jun 2020 depan.

Menurut laman kelab peminat WIz*One, Iz*One akan mengeluarkan album ketiga mereka selepas Bloom*Iz pada 15 Jun 2020 dan telah pula menyiapkan video muzik single utama album tersebut pada hari kelmarin. Berita baik itu disambut oleh ramai peminat memandangkan kejayaan album Bloom*Iz meraih jualan satu album terbanyak sepanjang dekad, hampir mencecah setengah juta unit.

Pengumuman IZ*One itu menyusul berita beberapa jam sebelumnya tentang pengumuman album terbaru Blackpink yang akan dikeluarkan menjelang bulan September depan, namun belum lagi ditetapkan tarikhnya oleh YG Entertainment. Single pertama dijangka akan dilancarkan tiga bulan lebih awal sekitar bulan Jun ini. Ia merupakan ‘comeback’ terbaru daripada kumpulan yang sangat popular di serantau dunia itu setelah setahun menyepikan diri di tanah air sendiri, kali ini dengan album penuh (10 buah lagu) buat pertama kali sejak ‘debut’. Kali terakhir Blackpink mengeluarkan album adalah pada 5 April 2019 menerusi album ‘Kill This Love’.

Tepat 1 Jun 2020, TWICE akan melancarkan single terbaru, ‘More N More’ serentak dengan album dengan judul yang sama. Pengumuman tersebut dibuat Jihyo, ketua kumpulan itu di dalam sidang media filem biografi ‘TWICE : Seize The Light’ pada 29 April 2020 lalu. ‘More N More’ merupakan album mini ke-9 yang dikeluarkan TWICE selepas hampir sembilan bulan menyepikan diri dengan album terakhir ialah ‘Feel Special’ pada September 2019.

Persaingan antara TWICE, Blackpink dengan IZ*One dijangka akan menghangatkan lagi industri kpop di Korea memandangkan pengaruh peminat masing-masing dalam menentukan kumpulan manakah selayaknya dinobatkan kumpulan kpop paling popular untuk masa kini.

Sumber:  xsportnews, forbes 

loading...