Tomorrow X Tomorrow (TXT), kumpulan kpop di bawah naungan Big Hit Entertainment melakukan persembahan ‘showcase’ di atas talian bagi menyambut pelancaran album mini ke-2, The Dream Chapter: Eternity yang dijadualkan pada hari ini.
Album The Dream Chapter: Eternity meneroka pengalaman TXT dalam menongkah badai yang menyebabkan mereka bercanggah pendapat antara satu sama lain. Kelima-lima anak muda ini : Soobin, Huening Kai, Beomgyu, Yeonjun dan Taehyun berjanji akan tetap bersahabat selama mana yang memungkinkan mereka untuk kekal bersama.
Single utama ‘Can’t You See Me?’ dilancarkan serentak dengan pengeluaran album terbaru dengan enam buah lagu ini. ‘Can’t You See Me?’ ialah sebuah lagu berentak pop yang memaparkan emosi bercelaru yang dihadapi oleh kelima-lima anak muda ini sewaktu cuba untuk berhadapan dengan realiti.
Sumber: sport seoul