Suho EXO terpaksa tinggalkan dunia muzik kpop sementara demi tanggungjawab sebagai rakyat Korea

Kim Jung Myeon atau mesra dikenali sebagai Suho, akhirnya akan berangkat menyertai khidmat ketenteraan mulai hari ini.

Ketua kumpulan EXO itu dikhabarkan akan memasuki pusat latihan tentera dan menerima latihan asas selama empat minggu sebelum dikerahkan sebagai pekerja sosial di institusi terpilih. Suho merupakan ahli ketiga EXO yang akan menyertai khidmat negara selepas Do Kyung So (D.O.) dan Xiumin.

Dalam berkongsi berita sedih pemergiannya itu tempoh hari, Suho berkata, “Saya berharap EXO-L, yang sentiasa memikirkan saya dan mencintai saya setiap hari, akan diberikan kesihatan yang baik selalu. Saya dengan seikhlas hati berterima kasih dan menyayangi kamu semua.” Suho baru melancarkan album solo sulungnya berjudul “Self-Portrait” pada awal April 2020.

Sumber: mbc news

loading...