IU memastikan single keluarannya akan tetap menjuarai carta digital Gaon sebaik saja diperdengarkan kepada penggemar muzik kpop.
Dalam carta Gaon bertarikh 03.05.2020 – 05.09.2020 hari ini, lagu berjudul ‘Eight’, gandingannya bersama dengan Suga BTS telah mencatatkan jualan single terlaris untuk minggu ini selain menjuarai carta download dan BGM Gaon. Ia sekaligus menumbangkan rekod tiga kali berturut-turut dipegang oleh Jo Jung Suk,pelakon bukan berkerjaya penyanyi pertama berjaya menjuarai carta Gaon sejak hampir sedekad lalu dengan single ‘Aloha’-nya yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Cool pada tahun 2001.
Lagu ‘Eight’ ini juga melakar sejarah manis buat IU apabila mencipta kesempurnaan dominasinya dalam pasaran muzik Korea (‘perfect all kill’) sebanyak 18 kali, jauh meninggalkan rekod artis kpop yang lain ke belakang, disusuli oleh Big Bang dengan 5 buah lagu dan TWICE dengan 4 buah lagu. Lagu-lagu nyanyian IU sebelum ini, ‘Through The Night’ ‘You & I” dan ‘Good Day’telah tercacat antara lima lagu paling laris sepanjang zaman dengan jualan melebih 4 juta unit manakala “Blueming” yang dikeluarkan pada penghujung tahun lepas juga semakin mengekori rekod jualan jutaan unit berkenaan.
Dalam pada itu, ‘Eight’ juga turut menduduki no.1 di dalam carta Billboard World Digital Song Sales, menambahkan kejuaraan pertama kali buat IU dan Suga di dalam carta Billboard, sekaligus menembusi pasaran muzik kpop Amerika Syarikat untuk minggu pertama pelancarannya.
Bercakap tentang lagu ini, IU berkata, “Saya tak begitu pasti samada ianya lahir daripada perasaan sendiri atau suasana sosial daripada kecelakaan yang dialami, umur 28 ini akan dikenang sebagai pemulihan daripada tubuh yang tak bermaya dan meraba-raba dalam mencari-cari ‘pulau jingga’ untuk merasai sendiri kebebasan berbanding kesedihan.”
Sumber: gaon, money today