Jeon Jin Seo jtbc The World of the Married turut dikecam netizen kerana didapati mencarut di laman sosial

Bukan saja Jung Joon Won, malah Jeon Jin Seo (13 tahun, 14 tahun di Korea) juga turut terpalit dengan kontroversi apabila didapati telah memuatnaik gambar karikatur dengan aksi mencarut di dalam satu hantaran di buat menerusi Facebook miliknya pada sekian masa dahulu.

Agensi T-One Entertainment membuat kenyataan balas mengenai isu yang telah tertular sejak awal pagi tadi. “Kami memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan gambar aksi mencarut yang dimuatnaik oleh Jeon Jin Seo tak lama dulu ketika berinteraksi dengan kawannya di Facebook. Pada masa itu, Jeon Jin Seo yang baru saja memasuki sekolah menengah tidak berpuas hati dengan tindakan penjaganya (ibubapa) menghalangnya untuk melakukan seks. Walaupun bukan berniat untuk menyakiti hati orang lain, Jeon Jin Seo sedang bermuhasabah diri kerana telah menyebabkan ketidakselesaan di atas perbuatannya itu,” kata jurucakap agensinya.

Akaun facebook itu terus dipadamkan oleh penjaganya setelah memikirkan implikasinya terhadap Jeon Jin Seo. Seorang pemerhati industri dipetik berkata, perbuatan mencarut Jeon In Seo di antara kawan-kawannya itu tidaklah terlalu serius memandangkan remaja dalam usia sebegitu berada di dalam frasa memberontak dan dia hanya perlu dibimbing dengan betul.

Jeon Jin Seo membawakan watak Lee Joon Young, anak kepada pasangan suami isteri sedang bergolak, Jin Sun Woo (Kim Hee Ae) dan Park Hae Joon, suami kepada Jin Sun Woo (Lee Tae Joon) di dalam drama jtbc The World of the Married.

Sumber: hankookilbo, IS Plus

loading...