Sukar untuk terima pembatalan School 2020 tiba-tiba, Kim Yo Han tak mahu lagi fikir panjang

Kim Yo Han meluahkan perasaan sukarnya di atas pembatalan drama ‘School 2020’ dan pembubaran X1 yang berlaku dalam masa yang singkat, di dalam sidang media atas talian (kerana Covid-19) bersama dengan pihak produksi KBS War of Villains hari ini.

“Ya, ia sangat sukar untuk diterima. Tapi, saya akan cuba lupakannya kerana perkara itu sudah pun berlalu. Saya fikirkan ia sebagai pengalaman baik untuk diri saya dan masa depan sebenarnya lebih penting buat saya,” ujar Kim Yo Han yang tidak mahu lagi berfikir panjang mengenainya.

Kim Yo Han di dalam sidang media KBS War of Villians.

KBS War of Villains atau nama lainnya, Battle of the Musicians ialah sebuah rancangan realiti terbaru di mana para pelakonnya perlu bersemuka dan berbincang dengan artis-artis Kpop yang dicop sebagai lagenda bagi memulakan projek kumpulan muzik terbaru. Ditanya samada dia tahu akan cara untuk membentuk kumpulan muzik berkenaan, Kim Yo Han berkata, “Sebenarnya, tidak perlu pun nak tahu macammana. Saya boleh buat sendiri dengan senior-senior kegemaran saya yang saya pernah amati sendiri di kaca TV sebelum ini. Saya berharap hasilnya menarik jika saya bekerja dengan lebih kuat.” Selain Kim Yo Han, turut mengganggotai program realiti ini ialah Lee Joo Bin, Lee Sang Min, Kim Sook, Moon Se Yoon, Kim Joon Hyun, Boom, Song Chang Shik, dan Song Ga In (finalis Mr. Trot).

KBS War of Villians mula disiarkan bermula esok, 25 April 2020 pada setiap hari Sabtu, jam 11.00 malam waktu Korea.

Sumber: SBS Fun E

loading...