Baekhyun, nama penyanyi idol yang tak perlu lagi disanggah kehebatannya.
Bukan Kang Daniel, G-Dragon mahupun mana-mana artis keluaran daripada label yang sama, SM Entertainment yang memikul gelaran penyanyi solo dengan jualan album terlaris sepanjang dekad di Korea, tetapi penyandang gelaran itu sebenarnya masih lagi Baekhyun. Baekhyun telah mencipta sejarah di tanah airnya tersendiri apabila meraih kutipan jualan album solo tertinggi menerusi album solo sulungnya, ‘City Lights’ sejak hampir dua dekad dengan jumlah terkumpul sebanyak 525k unit secara keseluruhan pada tahun 2019 mengatasi pencabarnya terdekat, ‘Color on Me’ oleh Kang Daniel dengan 500k unit terjual, menurut Gaon.
Dengan kerjaya sebagai ahli kumpulan EXO dan juga ketua kumpulan Super M, Baekhyun tidak mahu berhenti setakat itu saja. Hari ini, SM Entertainment mengumumkan Baekhyun sedang dalam persiapan untuk mengeluarkan album solo keduanya pada penghujung Mei 2020 ini. Ia sudah pasti sesuatu berita yang amat gembira buat peminat-peminat Baekhyun dan Exol sekaliannya. Baekhyun bakal menjadi ahli ketiga EXO selepas Lay Zhang dan Chen, berjaya mengeluarkan album solo sekurang-kurangnya lebih daripada satu di dalam kerjayanya sebagai penyanyi.
Dalam menyibukkan dirinya ketika pandemik Covid-19, Baekhyun telah menyumbang lagu runut untuk drama SBS Hyena bertajuk ‘On The Road’ selain menggiatkan diri untuk program Super M atas talian di luar negara.
Sumber: MBN star