MBC News Desk ‘diserang’ peminat gara-gara guna foto BTS sebagai contoh teknologi ‘deep fake’ di dalam laporan beritanya

Berikutan laporan berita tentang teknologi “deep fake” yang boleh dimanipulasikan ke atas golongan selebriti, MBC “News Desk” diserang oleh sebilangan peminat ARMY hari ini gara-gara kerana mereka menyangka laporan berita itu menggunakan foto BTS tanpa kebenaran daripada pihak BTS sendiri.

“Deep Fake” adalah teknologi yang mampu memanipulasikan wajah dan suara seseorang dengan menggunakan ilmu kecerdasan buatan (“Artificial Intelligence (A.I.)”). Segmen berita tersebut membicarakan tentang desakan ke atas pihak polis untuk menjalankan siasatan segera terhadap perbuatan tak bertanggungjawab netizen yang menyebarkan gambar-gambar lucah seseorang tak dikenali dengan menekapkan wajah dan suara selebriti ke atasnya. Dalam menyertakan sebagai contoh, MBC “News Desk” meletakkan gambar BTS dan penyanyi Lee Ji Eun, IU, antara selebriti yang mudah dimanipulasikan menggunakan teknologi “deep fake”.

Bagaimanapun, rata-rata peminat ARMY tidak boleh menerima laporan berita berkenaan dengan mendakwa ianya mungkin tak mendapat kebenaran daripada pihak BTS dan Big Hit sendiri. Kata-kata nista yang dilemparkan bersertakan desakan ke atas MBC “News Desk” untuk membuat permohonan maaf dengan segera, dapat dilihat menerusi tanda pagar #MBC_합성_사과해 di twitter. 

Sumber: etoday

loading...