Blackpink menggegarkan rancangan tv Amerika buat pertama kali dengan ‘Ddu-du Ddu-du’

Kumpulan kpop wanita paling berpengaruh di luar rantau Asia, Blackpink telah pun sampai ke bumi Amerika Syarikat petang waktu Pasifik sempena lawatan promosi mereka dan telah pun menggegarkan rancangan tv Amerika buat pertama kali dengan persembahan lagu ‘Ddu-du Ddu-du’.

Blackpink dijemput oleh Stephen Colberts untuk mengadakan persembahan untuk rancangan lewat malam dinamakan sebagai “The Late Night Show with Stephen Colberts” pada jam 12 tengah malam tadi. Sekumpulan peminat terdiri daripada warga Amerika Syarikat yang datang daripada pelusuk New York, hadir memberikan sokongan penuh terutamanya untuk ahli kumpulan Blackpink, Rose sempena hari jadinya yang ke-22 pada Isnin lalu.

Lawatan promosi mereka kemudiannya akan disusuli dengan kemunculan di program ‘Good Morning America’ pada Jumaat ini bertempat di Times Square, New York, sekaligus menjadikan mereka kumpulan kpop ke-2 selepas BTS akan mengunjungi rancangan tersebut. Blackpink yang terdiri daripada Lisa daripada Thailand, serta Jennie, Rose dan Jisoo daripada Korea Selatan, akan menghabiskan jelajah konsert mereka di Asia pula terutamanya di Malaysia pada 23 Februari dan 24 Februari sebaik saja selesai lawatan promosi mereka di bumi Uncle Sam itu.

Sumber: korean herald

loading...