Nam Goong Min, Lee Chung Ah, Seolhyun & Lee Shin Young bakal disatukan di dalam drama terbaru tvN Day and Night

Nam Goong Min, Lee Chung Ah, Seol Hyun sudah mengesahkan penglibatan manakala Lee Shin Young masih mempertimbangkan tawaran lakonan di dalam tvN Day and Night secara positif sekali.

tvN Day and Night berkisarkan tentang konspirasi di sebalik misteri yang berlaku pada hari ini yang berkaitan dengan rahsia yang berlaku pada 26 tahun lalu di suatu kawasan kampung yang cuba dipendam sehingga sekarang. Mereka memperolehi kepintaran melebihi kemampuan seorang bergelar manusia kerana menukarnya dengan perasaan emosi, menjadikan mereka manusia tak berperasaan. Akibatnya, mereka cuba mencari identiti masing-masing sebagai insan biasa kembali.

Nam Goong Min akan bertindak sebagai ketua detektif di bahagian siasatan jenayah Seoul Metropolitan, Do Jung Won manakala Lee Chung Ah dan Seolhyun masing-masing bakal memegang watak sebagai agen FBI Jamie Leighton dan gabenor Gwon Hye Won. Lee Shin Young pula akan melakonkan watak sebagai polis detektif di bawah arahan Do Jung Won bergelar sebagai ‘anjing buruan bergaya’, menjadi kegilaan gadis kerana ketampanannya.

tvN Day and Night yang belum diketahui lagi tentang pengarah dan penulis skrip ini, bakal menjalani penggambaran Mei 2020 ini dan ditayangkan menjelangan pertengahan tahun ini.

Sumber: joynews24, OSEN

loading...