Song Kang akan menjadi penari balet untuk drama terbaru ‘Nevellira’ ?

Gambar di sebelah kanan adalah sekadar hiasan semata-mata.

Song Kang dilaporkan sedang menimbangkan tawaran lakonan di dalam drama terbaru yang diadaptasikan daripada webtoon dengan tajuk yang sama, iaitu ‘Nevellira’.

‘Nevellira’ berkisarkan tentang kehidupan seseorang yang mencabarkan dirinya di dalam seni tarian balet kerana mempunyai impian yang sangat besar. Song Kang akan membawakan watak Chae Rok, seorang penari balet berusia 23 tahun yang mempunyai bakat yang besar tetapi diketepikan kerana asyik mengalami kecederaan. Dia menemui penari balet yang baru masuk, Dukchul untuk menggapai impian yang sama untuk bergelar penari balet yang disegani.

Jika Song Kang menerimanya, ia merupakan drama keduanya sebagai teraju utama untuk tahun 2020 ini selepas Netflix Sweet Home yang bakal ditayangkan tak lama lagi. ‘Nevellira’ bakal diarahkan oleh sutradara Han Dong Hwa (“OCN Squad 38” , “OCN Bad Guys: The Vile City”) dengan cenel yang belum dikenalpasti.

Sumber: ytn

loading...