Suho EXO pecah rekod capai 1 juta pengikut instagram dalam masa tersingkat

Setelah kemunculan semula kumpulan Exo dengan lagu ‘Tempo’ pada 2 November lepas,satu demi satu anggota kumpulan tersebut yang tidak mempunyai Instagram mula memiliki akaun Instagram peribadi masing masing bermula dengan Exo Kai diikuti oleh Exo Xiumin Dan sekarang diikuti oleh Ketua Kumpulan mereka iaitu Suho.

Suho atau nama sebenarnya Kim Jun Myeon mula mencipta akaun Instagram nya pada 4 December 2018. Akaun peribadi beliau mula tersebar apabila para ‘ExoL’ mula menyiasat siapakah gerangan ‘user’ baru yang baru sahaja diikuti oleh Exo Chanyeol @real__pcy Dan ternyata ‘user’ tersebut adalah Si ‘Leader ‘.

Apa yang menjadi topik hangat lagi di kalangan peminat mereka adalah apabila instagram milik beliau berjaya memecahkan rekod dengan jumlah pengikut 1 juta tercepat kerana mengambil masa selama 11 jam sahaja berdasarkan laporan oleh portal soompi. Bukan itu sahaja, rekod baru beliau berjaya meletakkan Pope Francis yang berada di tangga pertama ke tangga ke 2. Pope Francis dikatakan mengambil masa selama 12 jam untuk mencapai 1 Juta pengikut .

Yang lebih melucukan adalah apabila Suho menggunakan ‘username’ dengan nama @kimjuncotton dengan ‘cotton’ membawa maksud ‘Myeon’ dalam bahasa Korea. Sungguh kreatif dan cerdik sekali cara beliau memilih ‘username ‘ untuk akaun Instagram nya.

Sumber: Soompi

loading...