Wheesung bakal dicekup salah guna dadah setelah polis temui bukti yang mencukupi

Wheesung dilaporkan akan ditahan setelah polis menemui bukti bahawa penyanyi itu telah mengambil dadah jenis propofol dalam kuantiti yang banyak. Polis sedang memohon waran tangkapan ke atasnya.

Wheesung juga merupakan penyanyi yang sama pernah dituduh oleh bekas kawan baiknya, Amy menghisap propofol pada 16 April 2019. Amy pada masa itu membuat pengakuan di laman sosial miliknya  bahawa dia pernah diugut dan dikhianati bekas kawan baiknya yakni selebriti A yang tak dinamakan untuk menerima hukuman sendiri tanpa membabitkan nama selebriti A itu. Ia berkait dengan sabitan hukuman penyalahgunaan dadah terhadapnya pada beberapa tahun yang lalu.

Dengan berlatarkan gambar dirinya mengucup patung katak bersertakan kapsyen yang panjang lebar, Amy mengaku pernah mempunyai kawan baik selebriti yang dianggap sebagai ‘soulmate’ . Ketika ditangkap oleh polis kerana menghisap dadah jenis propofol, Amy tak menamakan selebriti itu sebaliknya meminta polis mendakwanya sendirian.  Walaubagaimanapun, sebaik saja dia menerima panggilan daripada seseorang bahawa rakan baiknya itu akan mengugut untuk merakam video seks bersamanya, Amy menyedari bahawa dirinya telah dikhianati. Selebriti tersebut yang sedang menjalani latihan ketenteraan pada masa itu, meminta Amy supaya tak mendedahkan namanya kerana khuatir kerjayanya sebagai selebriti akan berakhir sambil menafikan bahawa dia pernah mengugut Amy sebelum itu. Lebih memburukkan lagi, Amy didapati bersalah sehingga dipenjarakan selama lapan bulan (disabitkan hukuman penjara dua tahun) sehingga kemudiannya diusir keluar dari Korea Selatan manakala bekas rakan baiknya itu pula bersenang-lenang memunculkan dirinya di hadapan kaca televisyen.

Berikutan pengakuan tersebut, netizen menamakan Wheesung sebagai seseorang kenalan selebriti pernah rapat dengan Amy sekian lama dahulu berdasarkan kenyataan Amy di dalam rancangan ‘Wicked Diary; yang disiarkan di Olly Tv pada tahun 2008 bahawa Wheesung ialah ‘soulmate’ nya. Wheesung pernah dibebaskan daripada tuduhan menggunakan propofol secara haram pada sekitar tahun 2012-2013. Menurut sumber yang dipercayai, beliau dikatakan pernah menggunakan dadah untuk mengubati kemurungan dihidapinya.

Sebaik saja sudah jelas Wheesung yang dimaksudkan sebagai pelaku tersebut, Wheesung menerusi agensinya menafikan segala tuduhan dibuat oleh Amy dengan berkongsi rekod perbualan telefon antaranya, Amy dan seorang kenalan lain. Amy kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka pada 22 Mei 2019. Wheesung memaafkan Amy dengan menganggapkan bekas kawan baiknya itu sebagai mangsa akibat salah faham yang berlaku dalam satu kenyataannya pada 25 Mei 2019. Wheesung berjanji akan terus berkhidmat sebagai pemuzik setelah beliau berjaya memperbetulkan ‘salah faham’ dan kontroversi melibatkan dirinya pada masa itu.

Namun, sebaliknya terjadi hari ini apabila beliau bakal dicekup polis setelah mendapatinya menyalahgunakan propofol dalam kuantiti yang banyak. Ia jelas suatu yang hipokrit apabila seseorang yang bergelar idol cuba mengelakkan perbuatan buruknya daripada diketahui orang selama ini dengan menggunakan orang lain sebagai pelindung.

Sumber: tenasia

loading...