NCT 127 kembali kuasai jualan album terlaris di Korea minggu ini mengatasi BTS, WayV, Kim Se Jeong & lain-lain

NCT 127 kembali semula menguasai pasaran muzik Korea dengan perolehan jumlah album terlaris untuk minggu ini, menurut carta album Gaon.

NCT 127 pernah meraih posisi no.1 pada minggu pertama pelancaran album mereka, namun kedudukan mereka telah dirampas sekejap oleh ITZY menerusi albumnya, It’s Me dalam minggu ke-2 yang menyaksikan ITZY pula terperosok jatuh ke tangga ke-14 pada minggu ini. Menurut data Hanteo, album NCT #127 Neo Zone telah  memperolehi jualan sebanyak 80,793 unit mengatasi jualan diraih oleh BTS menerusi album Map of The Soul 7, WayV dengan album Take Over The Moon : Sequel dan Kim Se Jeong dengan album Plant masing-masing berada di posisi no.2, no.3 dan no.4. Ia menjadikan jumlah kutipan album yang diraih adalah sebanyak 360,478 unit, hanya di belakang IZ*One dan BTS untuk jualan album paling terlaris untuk tahun 2020.

Untuk rekod pencapaian di luar negara, NCT 127 turut menjulang kelima album terlaris di Amerika Syarikat pada minggu pertama pelancarannya, berdasarkan carta Billboard 200 menjadikannya kumpulan kpop empat berjaya menembusi pasaran muzik di negara Uncle Sam itu selain Monsta X, Super M dan BTS. Taeyong dan Mark yang juga merupakan ahli tetap NCT 127, pada masa yang sama adalah ahli kumpulan Super M menyebabkan mereka memperolehi rekod pencapaian tersebut secara tak langsung secara berganda dengan dua kumpulan kpop yang berbeza.

Lagu Kick It telah dijadikan sebagai single utama album NCT #127 Neo Zone. Anda boleh tonton video klip di sini.

Sumber: Gaon, Hanteo

loading...