/Reaksi pantas Jimin BTS lindungi budak lelaki ini daripada sinaran mentari dapat pujian daripada netizen

Reaksi pantas Jimin BTS lindungi budak lelaki ini daripada sinaran mentari dapat pujian daripada netizen

Jimin BTS menerima pujian daripada netizen setelah perbuatannya melindungi budak lelaki yang berlakon bersama-samanya di dalam pembikinan video klip ON diketahui secara meluas.

Dakwa seorang saksi di tempat kejadian yang juga merupakan seorang pelakon, Lina Johnson, Jimin BTS begitu bimbang dengan keadaan budak tersebut selepas mendapat tahu dia tidak boleh berada di bawah sinaran mentari untuk tempoh masa yang panjang. Maka, reaksi pantas Jimin adalah melindungi budak tersebut daripadanya.

Malah selepas selesai pembikinan video klip itu, Jimin turut mengurut bahu budak tersebut. Di dalam sedutan belakang tadbir juga, Jimin dilihat menghargai kehadirannya bagi membantu menyiapkan video klip BTS itu. Katanya, “Terima kasih kerana bantu saya.”

Rata-rata netizen terpaku dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Jimin kepada kanak-kanak kecil lagi-lagi perbuatannya itu dilakukan secara spontan.

Sumber: xsportnews

Komentar

comments

loading...