/IU dikecam kerana tidak sensitif dengan Covid-19 & kes telegram Nth Room, agensi segera ambil tindakan tegas

IU dikecam kerana tidak sensitif dengan Covid-19 & kes telegram Nth Room, agensi segera ambil tindakan tegas

Niat baik IU untuk berkongsi tentang perihal terkininya telah mengundang kecaman daripada sesetengah netizen kerana dikatakan tidak sensitif kepada bahaya penularan wabak virus Covid-19 dan kes telegram Nth Room yang mendapat liputan meluas di Korea.

Kemaskini di instagram tentang sesi fotografi bersama majalah W Korea telah ditangkap layar dan dibahaskan di suatu laman komuniti forum yang rata-ratanya mengecamnya kerana tidak mengambil peduli tentang kes telegram Nth Room yang sedang berlangsung di Korea. IU juga dikritik kerana tidak sensitif dengan bahaya penularan wabak Covid-19 apabila memuatnaik gambar-gambar yang diambilnya ketika di Milan, Itali, antara bandar paling teruk dilanda jangkitan wabak penyakit tersebut meskipun beliau antara penderma bantuan kemanusiaan terbesar dalam kalangan selebriti Korea.

Namun, komentar-komentar berbaur lucah yang telah dibuat terhadapnya akhirnya mendesak agensinya untuk segera mengambil tindakan tegas. Jurucakap agensinya, Yidam Entertainment berkata, “Pada Oktober lepas, kami telah mengadu kepada peguam tentang tohmahan dibuat oleh seseorang yang boleh membawanya dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda 2,000,000 won. Dia telah pun dihukum denda kurang daripada itu. Aduan seterusnya sedang disiasat. Kami akan bertindak tegas terhadapnya tanpa sebarang prejudis.”

Sumber: IS Plus, koreaboo

Komentar

comments

loading...