Kang Daniel dikejutkan dengan kehadiran Lee Kwang Soo tiba-tiba di dalam “Running Man”

Kang Daniel yang menyertai perlumbaan ‘Running Man’ pada minggu ini dikejutkan dengan kehadiran Lee Kwang Soo secara tiba-tiba di lokasi penggambaran. Lee Kwang Soo mengalami kecederaan di buku lalinya menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu dan berehat daripada menyertai sebarang aktiviti seni.

Namun, kedatangannya ke lokasi penggambaran betul-betul mengujakan kesemua pelakon “Running Man” sedia ada. Malah, Lee Kwang Soo turut menyertai perlumbaan tersebut bersama Kang Daniel, Ha Suk Jin, Hwang Young Hee, Jung So Min, Kim Jong Kook, Yang Se Chan dan Yoo Jae Suk.

 Katanya seperti dipetik, “Aku nak sangat datang ke set penggambaran. Terima kasih kerana bimbang dan tunggu lama.”

Kang Daniel berada di dalam satu kumpulan keluarga bersama Lee Kwang Soo, Hwang Young Hee, dan Jung So Min. Mereka diberikan tugas untuk mencari jawapan tentang maksud perkataan tertulis di dahi masing-masing. Mereka kemudiannya memotong kek beras di mana Jung So Min akhirnya terpaksa dikenakan hukuman dipercikkan air ke atasnya. Lee Kwang Soo sendiri diarahkan untuk melaksanakan hukuman tersebut. Manakala, kehadiran Kang Daniel pula secara tak langsung banyak membantu kumpulan Yoo Jae Suk memperoleh kemenangan .

Kang Daniel turut menari kreografi untuk lagu terbarunya, 2U sebagai persembahan selingan. Lagu tersebut bakal dimuatkan di dalam album solo keduanya, Cyan yang akan dilancarkan mulai esok.

Sumber: xsportnews

loading...