“Sapa nak percaya perempuan murahan seperti kau?” – rayuan Kang Sung Wook untuk dikurangkan hukuman penjara diterima mahkamah

“Sapa nak percaya perempuan murahan seperti kau? Kau ni pisau cukur. (“gold digger”) saja”, begitulah bongkahnya kata-kata Kang Sung Wook dan marahnya kepada mangsa sebelum beliau dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun pada sekian masa dulu. Namun, mahkamah Metropolitan Seoul hari ini dilaporkan telah membatalkan hukuman lima tahun penjara dan menggantikannya dengan dua tahun dan enam bulan penjara saja selain defendan perlu menjalani rawatan pemulihan jenayah seksual  selama 40 jam dan larangan bekerja berhampiran dengan kanak-kanak dan remaja selama dua tahun.

Keputusan itu diambil oleh mahkamah memandangkan keterangan daripada mangsa adalah tidak konsisten serta dakwaan trauma dialami oleh mangsa juga tak dapat dibuktikan berkait dengan rogol yang dinyatakan di dalam undang-undang jenayah seksual. Berita perlakuan seksual Kang Sung Wook mendapat liputan meluas pada 30 Julai 2019 lalu selepas mahkamah mendapati beliau bersalah terhadap kesalahan merogol yang berlaku di Busan, Korea pada Ogos tahun 2017 dan menjatuhkannya hukuman penjara selama 5 tahun. Ketika itu, ‘Heart Signal’ lakonannya masih di dalam tayangan.

Kang Sung Wook dikenali sebagai pelakon teater muzikal sepenuh masa. Beliau dilihat kerap juga melibatkan diri di dalam program realiti tv seperti Channel A ‘Heart Signal’ dan pernah membintangi drama tvN Because This Is My First Life dan juga KBS Marry Me Now, sebagai pelakon pembantu. Selain Kang Sung Wook, Kim Hyun Woo juga sedang didakwa di atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan netizen menjadikan rancangan realiti tv ‘Heart Signal’ bahan jenaka sebagai tempat lahirnya penjenayah gara-gara dua orang pelakonnya terbabit dalam kes di mahkamah. Malah baru-baru ini, timbul desakan daripada netizen tentang bakal barisan pelakon ‘Heart Signal’ musim ketiga nanti samada mereka betul-betul terbebas daripada sebarang pendakwaan jenayah sebelum menganggotai siri tv tersebut.

Sumber: spottvnews

loading...