Choi Jong Hoon, bekas ahli FT Islands akan didakwa bersama-sama Roy Kim (Kim Sang Ho) dan Eddy Kim (Kim Jung Hwan) hari ini setelah ketiga-tiganya mengaku bersalah menyebarkan gambar-gambar lucah mangsa serta video seks yang mana separuhnya dirakam oleh Jung Joon Young dengan menggunakan laman ‘chatroom’ KakaoTalk sebagai medium pengantaraan.
Menurut siasatan pihak plis, Choi Jong Hoon didapati telah menyebarkan satu petikan gambar yang tak dapat dikenalpasti serta lima lagi gambar lucah mangsa manakala Roy Kim dan Eddy Kim pula didapati telah berkongsi sekurang-kurangnya satu gambar lucah mangsa kepada orang lain. Walaubagaimanapun, Seungri, bekas ahli Big Bang, terlepas daripada pendakwaan atas kesalahan melanggar Akta Khas Hukuman ke atas Keganasan Seksual ini kerana polis tak menemui sebarang bukti menunjukkan Seungri pernah menyebarkan bahan lucah tersebut untuk tatapan orang lain berdasarkan beberapa data laman ‘chatroom’ diperolehi oleh pihak polis. Seungri hanya akan didakwa untuk penglibatannya di dalam aktiviti pelacuran secara haram serta kes penyelewangan.
Jika ketiga-tiganya terbukti bersalah pernah merakam atau menyebarkan gambar-gambar lucah dan video seks tanpa kerelaan mangsa, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama lima tahun atau dikenakan denda sebanyak 30 juta won atau kedua-duanya sekali.
Sumber: dispatch , korea herald