AB6IX teruja untuk bertemu peminat di Malaysia Mac depan dan tiket mula dijual 7 Februari

(Malaysia, 22 JAN 2020) – Setelah menutup tirai konsert pertama di Seoul, kumpulan rookie yang paling menarik perhatian, AB6IX akan menemui  peminat mereka diluar negara dengan persembahan yang memukau. Baru-baru ini,  pihak penganjur SKN LIVE telah memutuskan untuk membawa kumpulan tersebut ke ibu negara  sempena ‘AB6IX 1ST WORLD TOUR <6IXENSE> ‘di  Malaysia, Kuala Lumpur. ‘AB6IX 1ST WORLD TOUR <6IXENSE> DI KUALA LUMPUR’ akan diadakan di MEGA STAR ARENA pada 21 Mac 2020 (Sabtu), mulai jam 6 petang. AB6IX terkenal dengan karisma mereka yang tersendiri dan persembahan yang memukau. Kumpulan itu juga bersedia untuk menghiburkan peminat di Malaysia dengan kekuatan vokal dan keunikan rap mereka.

Terpilih sebagai ‘Most Anticipated Rookie of 2020’, AB6IX adalah kumpulan super rookie yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu LIM YOUNG-MIN, JEON WOONG, KIM DONG-HYUN, PARK WOO-JIN dan LEE DAE-HWI. Kumpulan ini secara rasminya telah debut pada 22 Mei 2019 dengan sebuah mini album ‘B: COMPLETE’ yang turut mengandungi lagu berjudul ‘BREATHE’. AB6IX boleh dikatakan kumpulan rookie yang hebat apabila berjaya melakarkan kejayaan yang mengagumkan dalam masa 7 bulan selepas debut. Kumpulan ini juga telah memperoleh trofi muzik pertama mereka dalam masa 13 hari selepas debut. Lebih-lebih lagi, album pertama mereka ‘6IXENSE’ yang dikeluarkan pada bulan Oktober telah mencecah jualan sebanyak 170,000 unit. Walaupun persaingan antara kumpulan adalah sengit, AB6IX telah berjaya mempertahankan 3 kemenangan berturut-turut dengan lagu  ‘BLIND FOR LOVE’. Kumpulan ini telah menarik perhatian ramai peminat dengan persembahan yang memukau dan kekuatan pada penulisan lagu yang luar biasa. Oleh itu, mereka sentiasa menjadi salah satu boy group yang mendapat perhatian ramai.

Kumpulan rookie yang sedang meningkat popular ini telahpun meraih pelbagai anugerah muzik di upacara anugerah akhir tahun di Korea Selatan. Antaranya ‘Rookie of the Year Award of ‘Asia Artist Awards’, ‘Vlive Awards’ dan ‘Korea First Band Awards’; t Next Generation Star Award of ‘Genie’;  Best Music Award Bonsang of ‘Soribada Best K-Music Awards’;  Hot Trend Award of ‘Melon Music Awards’, dan Next Generation Award of ‘Gloden Disc Awards’. Album mereka juga berada dalam kedudukan Top 30 dalam Hanteo Annual Chat, sekaligus menunjukkan bahawa peminat di Korea Selatan memberi sokongan yang padu untuk AB6IX. Selain daripada itu, seiring dengan populariti mereka yang semakin mendapat tempat di Korea Selatan, mereka juga turut mendapat sokongan peminat di seluruh dunia, kerana lagu debut mereka ‘BREATHE’ dipilih oleh pengkritik Billboard sebagai salah satu daripada “The 25 Best K-pop Songs of 2019”.  Ini cukup untuk membuktikan bahawa muzik AB6IX telah mendapat populariti di seluruh dunia.

Tiket-tiket untuk ‘AB6IX 1ST WORLD TOUR <6IXENSE> DI KUALA LUMPUR’ dijual pada harga RM758 (Seated), RM588 (Seated) dan RM328 (Standing), tidak termasuk caj pemprosesan sebanyak RM4. Tiket akan mula dijual secara atas talian pada jam 12.00 tengah hari 7 Februari (Jumaat) menerusi TicketCharge (https://premier.ticketcharge.com.my/) dan Damai [portal tiket berbahasa Mandarin] (https://www.damai.cn/)

Sebagai menghargai kasih sayang dan sokongan dari ABNEW (kelab peminat AB6IX), para penonton berpeluang untuk menikmati fan benefits seperti ‘HI-TOUCH’, ‘Group Photo‘ dan ‘Poster yang telah ditandatangan’. Pemegang tiket RM758 dan RM588 akan diberi ganjaran fan benefits melalui cabutan secara rawak. Oleh itu, pastikan anda tidak melepaskan peluang eksklusif untuk menemui AB6IX di Malaysia!

loading...