Minat punya pasal, Lee Je Hoon setuju buat penampilan khas dalam SBS “Stove League”

Drama SBS “Stove League” semakin mendapat perhatian penonton dan seringkali merekodkan purata tontonan yang cukup baik. Rupa-rupanya, pelakon Lee Je Hoon juga meminati drama ini dan dilaporkan setuju untuk buat penampilan istimewanya dalam “Stove League”!

Pada 12 Februari, agensinya Saram Entertainment mengesahkan laporan berita berkenaan dan berkata, “Lee Je Hoon akan buat penampilan istimewa pada episode akhir drama yang mengisi slot Jumaat-Sabtu dirangkaian SBS iaitu ‘Stove League.’”

“Stove League” memceritakan tentang pasukan baseball yang berada dikedudukan terakhir, sehinggakan para peminat mereka tidak mampu lagi untuk menangisi nasib pasukan kegemaran mereka. Namun, pasukan itu bersedia untuk bangkit kembali pada musim terbaru dengan pengurus yang baru untuk mencipta memori yang tidak dapat dilupakan. Drama ini mendapat purata tontonan sehingga 16.8%  diseluruh Korea dan 18.2% di bandaraya Seoul serta mencecah 19.4% pada waktu puncak ketika drama sedang ditayangkan.

Lee Je Hoon yang meminati drama itu telah berkongsi dua keping gambar menerusi akaun Instagram nya. Yang pertama gambar poster drama “Stove League” dan kedua gambar memperlihatkan dirinya sedang menonton drama tersebut di TV. Nampaknya ramai yang begitu teruja dan tidak sabar untuk menonton karakter yang bagaimana akan di bawakan oleh Lee Je Hoon pada episode terakhir memandangkan dia merupakan peminat drama tersebut.

“Stove League” boleh ditonton menerusi ONE TV Asia Ch 393 setiap Sabtu dan Ahad lada jam 6.10 petang.

Sumber : hankookilbo

loading...