Jang Ki Yong, Lee Soo Hyuk dan Jin Se Yeon akan bergandingan dalam drama terbaru KBS “Born Again” (tajuk buat masa ini).
“Born Again” adalah sebuah karya bertemakan melodrama dan misteri tentang dua lelaki dan seorang wanita yang mana nasib mereka saling berkaitan melalui satu kejadian dramatik pada tahun 1980-an. Mereka dilahirkan semula dikehidupan yang baru pada tahun 2020 dengan peribadi yang berbeza namun takdir hidup mereka tetap sama.
Jang Ki Yong akan membawakan watak sebagai pembunuh bersiri, Gong Ji Chul pada tahun 1986 yang enggan berkongsi takdir seperti ayahnya yang jahat. Pada tahun 2020, Gong Ji Chul dilahirkan semula sebagai Chun Jong Bum, seorang pelajar perubatan yang cemerlang. Jang Ki Yong pula kembali membintangi drama selepas berakhirnya drama “Search : WWW” pada tahun lepas.
Lee Soo Hyuk pula akan memainkan watak detektif, Cha Hyun Bin yang tulus hatinya pada tahun 1986. Pada tahun 2020, dia dilahirkan semula sebagai Kim Soo Hyuk, seorang pendakwaraya yang hanya mempercayai bukti berdasarkan DNA sahaja. Ini merupakan kemunculan semula Lee Soo Hyuk ke dunia drama dalam tempoh tiga tahun setelah menamatkan khidmat tenteranya pada 2019.
Jin Se Yeon akan membawakan watak Jung Ha Eun, hidup pada tahun 1980-an dan merupakan pemilik kedai buku secondhand dinamakan “Old Future”. Pada tahun 2020, wataknya bertukar menjadi Jung Sa Bin, seorang ahli arkeologi tulang yang bersungguh untuk mencari kebenaran disebalik yang berlaku. Walaupun kedua-dua watak mempunyai personaliti yang berbeza, namun hakikatnya mereka berdua mempunyai hati murni yang sama biarpun dimasa yang berbeza. Jin Se Yeon pula kini sedang membintangi “Selection: The War Between Women” disamping Kim Min Kyu yang ditayangkan di TV Chosun.
“Born Again” akan digarap oleh sutradara Jin Hyung Wook (“Liver or Die”) serta skripnya dihasilkan oleh Jung Soo Mi. Drama ini akan ditayangkan pada April 2020 depan dirangkaian KBS.
Sumber : News1 | sportsseoul