Untuk pengetahuan, Bang Shi Hyuk merupakan orang penting dan juga pengasas Big Hit Entertainment pada tahun 2005. Big Hit Entertainment dinaungi oleh artis seperti BTS, TXT, dan Lee Hyun. Big Hit Entertainment telah mengharungi perjalanan yang sukar untuk mengukuhkan syarikatnya sehingga hampir muflis. Namun ujibakat pencarian bakar oleh Bang Shi Hyuk diseluruh Korea akhirnya menemukan tujuh anak muda yang kini dikenali diseluruh dunia, BTS. Big Hit Entertainment telah melabur banyak untuk mempromosikan kumpulan BTS. Namun, pelaburan mereka sangat berbaloi apabila BTS kini berjaya mengecap populariti dan kemasyuran diseluruh pelosok dunia. Kini TXT pula dilihat meluaskan populariti mereka seperti senior mereka, BTS. Lee Hyun pula merupakan bekas ahli kumpulan 8Eight dan duo Homme sebelum bergerak secara solo.

Big Hit Entertainment cuba untuk meluaskan pengaruhnya dengan mendapatkan beberapa syarikat rakaman sebagai anak syarikatnya. Syarikat hiburan itu kemudian mendapatkan Source Muzik pada tahun lepas dan dilaporkan dalam proses untuk mendapatkan juga Pledis Entertainment. Baru-baru ini, syarikat itu juga memberi maklum balas kepada laporan bahawa mereka sedang bersiap beroperasi secara umum.

Pada 1 Februari, sempena meraikan ulang tahunnya, agensi itu telah memuat naik gambar artis naungannya.