Tonton ARASHI’s Diary -Voyage- secara eksklusif hanya di Netflix mulai 31 Disember ini

Netflix telah buat pengumuman pada semalam, bahawa siri dokumentari asal tentang kumpulan popular Jepun berjudul ARASHI’s Diary -Voyage-, akan ditayangkan diperingkat global pada 31 Disember secara eksklusif di Netflix.

Sejak ARASHI debut pada tahun 1999, kumpulan itu telah mengecapi pelbagai kejayaan, merangkumi penjualan album sebanyak 40 juta unit, dan membuat persembahan dihadapan peminat melebihi 14 juta orang. Mereka juga telah memecahkan rekod atas rekod dan meletakkan kumpulan ARASHI antara kumpulan lelaki paling popular di Jepun. Pada Januari 2019 yang lalu, ARASHI mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan aktiviti kumpulan tersebut selepas 2020, di mana ia menandakan sudah 20 tahun ARASHI ditubuhkan. Buat pertama kali, ARASHI membuka akaun media sosial di lima platform dan meriliskan kesemua single mereka yang boleh di streaming secara atas talian diseluruh dunia, salah satu langkah yang tidak pernah dilakukan oleh agensi mereka, Johnny’s & Associates. Mereka juga baru sahaja selesai siri jelajah Jet Storm untuk dua hari di empat negara Asia termasuk Jakarta, Singapore, Bangkok, dan Taipei. 

Siri dokumentari asal ini akan menggabungkan arkib rakaman dengan memberikan para penonton untuk menyaksikan zaman kegemilangan ARASHI sebelum kumpulan itu hiatus. Siri ini mempertontonkan secara mendalam akan perjalanan kumpulan ini mengecap kegemilangan mereka, apa yang membuatkan mereka menjadi boy band paling berpengaruh di Jepun dan memaparkan aksi dibelakang tabir memandangkan mode hiatus mereka semakin hampir.  

Siri Dokumentari Asal Netflix ARASHI’s Diary -Voyage-  ditetapkan untuk streaming eksklusif secara global. Setiap episode akan mengikuti aktiviti ARASHI sehingga kumpulan itu bertukar kepada mode hiatus pada 31 Disember 2020 dan akan dijadualkan tayangannya pada setiap bulan untuk tempoh setahun bermula 31 Disember 2019.

Kenapa kami memilih untuk menghentikan aktiviti kumpulan pada akhir tahun 2020, di mana ia menandakan ulang tahun 20 tahun permulaan ARASHI? Kami ingin memberitahu dan juga menunjukkan apa yang kami fikir dan rasa apabila saat itu tiba kepada semua peminat kami sepanjang tahun hadapan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana perjalanan terahir ARASHI pada tahun hadapan. Bagaimanapun, siri ini akan menggambarkan kami, di mana peminat tidak pernah melihatnya sebelum ini.  Bekerjasama dengan Netflix bermaksud rancangan ini boleh di stream di 190 buah negara. Saya rasa ianya sangat hebat jika mereka yang tidak begitu mengenali kami boleh saksikan hiburan seumpama ini wujud di Jepun. Kami berharap ianya dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengaitkanbudaya dan kemanusiaan yang dapat dilihat di Jepun.- Jun Matsumoto (ARASHI)

ARASHI adalah sebuah kumpulan paling berjaya dalam sejarah Jepun. Kami sangat merendah diri untuk mengikuti perjalanan mereka selama 12 bulan akan datang. ARASHI’s Diary -Voyage – adalah siri dokumentari yang memaparkan kehidupan mereka, memberi tumpuan terhadap kisah-kisah yang tidak diketahui sebelum ini kepada peminat di seluruh dunia. Kita tidak sabar untuk membawa ahli-ahli Netflix mengembara bersama ARASHI dalam bab akhir perjalnan karier mereka.  Kazutaka Sakamoto (Director of Content Acquisition at Netflix)

https://www.youtube.com/watch?v=Vb-_GHANw0E

Netflix Original Documentary Series ARASHI’s Diary -Voyage-
Starring: Masaki Aiba, Jun Matsumoto, Kazunari Ninomiya, Satoshi Ohno, and Sho Sakurai
Director: Yosuke Harada Executive Producer Julie K. Fujishima Kazutaka Sakamoto (Director of Content Acquisition at Netflix)
Episodes: Over 20 in total (non-scheduled monthly streaming) 
Netflix: https://www.netflix.com/arashi